Sultan ada tanggungjawab dan berhak tegur demi rakyat

Politik negara masih bergolak meskipun Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bertitah supaya tidak lagi mengheret rakyat ke kancah politik yang merugikan apatah lagi ketika negara sedang berdepan dengan pandemik koronavirus (Covid-19).

Kemelut politik bermula apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha merampas kuasa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa mendapat sokongan daripada 131 ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 23 September lalu.

Anwar mengambil kesempatan atas ketidakstabilan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini yang tidak mempunyai jumlah majoriti yang besar di Dewan Rakyat dan sokongan kepada Muhyiddin yang hanya ‘cukup makan’.

Muslim berhak pilih produk, Lim Guan Eng macam kera kena belacan – Ka Siong (video)

Beberapa pemimpin politik pula membuat desakan agar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dibahaskan di Dewan Rakyat.

Lebih memburukkan keadaan apabila Biro Politik UMNO mengambil keputusan untuk mempertimbang semula sokongan parti itu terhadap gabungan yang dibentuk sejak lapan bulan lalu.

Namun Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan parti itu sanggup melakukan gencatan politik dan menyokong PN demi membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19.

Negara ketika ini sedang menghadapi gelombang ketiga pandemik dengan jumlah kes harian yang dilaporkan mencecah angka 732 kes semalam.

Sehingga 21 Oktober, jumlah keseluruhan Covid-19 di Malaysia sudah mencapai angka 22,957 kes dengan jumlah kematian seramai 199 orang.

UMNO berhak semak kedudukannya dalam PN – Annuar Musa

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula terpaksa dilaksanakan di Sabah, Labuan, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya berikutan kes yang tinggi dicatatkan di lima kawasan tersebut.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dilaporkan berasa dukacita kerana kebanyakan ahli politik seolah-olah tidak mempedulikan langsung masalah dan kesusahan dihadapi rakyat terkesan akibat Covid-19 termasuk ekonomi mereka amat terjejas.

Malah baginda turut menzahirkan kebimbangan berhubung kemelut politik negara yang dilihat tiada kesudahan sehingga menimbulkan keresahan rakyat.

Teguran Sultan Selangor itu mempunyai asasnya. Rakyat sudah bosan dan meluat dengan segala tindak-tanduk ahli politik yang sentiasa dilihat bercakaran dan bertelingkah merebut kuasa pemerintahan negara.

‘Pendek Akal dan Penting Diri’, Muhyiddin jangan jadi ‘Kerajaan Diktator’ – Anwar Ibrahim

Pada tahun 2018, Sultan Selangor pernah menzahirkan rasa dukacita terhadap keadaan orang Melayu yang berpecah-belah disebabkan perbezaan ideologi politik lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) namun teguran baginda umpama mencurah air di daun keladi.

Selain Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah juga pernah menzahirkan rasa dukacita kerana suasana harmoni yang menjadi budaya rakyat negara ini sejak sekian lama kini mahu dimusnahkan disebabkan persaingan politik.

Kewibawaan

Teguran dan titah sultan itu seharusnya dijadikan sebagai panduan buat seluruh ahli politik agar merenung kembali ikrar yang mereka laungkan sebelum pilihan raya untuk membantu rakyat yang kesusahan, bukannya ghairah berebut kuasa sesama sendiri.

Darurat Pentadbiran Negara, Tidak Melibatkan Tentera

Hakikatnya, sultan berhak menegur dan menasihati demi kepentingan rakyat, bahkan sultan turut berperanan menggunakan kewibawaan untuk mencari jalan penyelesaian apabila keharmonian, perpaduan serta kesejahteraan tergugat kerana baginda adalah payung negara.

Ia bertepatan dengan sistem Raja Berperlembagaan sebagai mekanisme penyatuan kepelbagaian budaya, agama dan penangkis ancaman kemakmuran serta keamanan negara.

Sultan Nazrin pernah bertitah, rakyat mengimpikan sebuah negara yang bebas daripada kekacauan dan persengketaan, agar warganya hidup dalam harmoni, saling menghormati, saling bekerjasama tanpa dipisahkan tembok prejudis agama dan prasangka kaum.

Najib: Setiap langkah perlu ambil kira kepentingan rakyat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker