Awie dapat lesen memandu

Hulu Terengganu: “Alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan semula lesen memandu,” kata Awie, 49 (bukan nama sebenar), bekas ahli Al-Ma’unah yang mendapat perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong, 17 Ogos lalu.

Menurutnya, dia mengambil masa lebih sebulan untuk mendapatkan keyakinan dan keberanian semula untuk memandu semula.

“Maklumlah sudah 20 tahun tidak memandu pasti kekok dan tidak yakin untuk memandu.

“Selepas mempunyai keyakinan saya mengambil ujian di sekolah memandu untuk mendapatkan semula lesen kereta yang sudah lama tamat tempoh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 24, di sini, hari ini.

Sebelum ini Awie menjalani hukuman penjara seumur mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai pergerakan Al-Ma’unah pada 2000.



Bagaimanapun, anak kelahiran Kuala Berang itu dibebaskan awal selepas mendapat perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63 pada 17 Ogos lalu.

Awie berkata, dia bersyukur kerana lulus dengan cemerlang selepas menjalani latihan selama dua minggu sebelum menduduki ujian pemanduan dan amali bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ ), Rabu lalu.

“Paling menggembirakan apabila anak saudara menghadiahkan sebuah kereta kepada saya untuk memudahkan urusan seharian,” katanya.

Menurutnya, dia baru pulang daripada Kelantan untuk menemui rakan selain mencari peralatan mengukir.



“Saya akan mulakan perkhidmatan mengukir kayu seperti yang dipelajari ketika menjalani hukuman di Penjara Marang tetapi perlu mendapatkan peralatan yang bersesuaian terlebih dahulu.

“Namun, peralatan itu tidak ditemui di Kelantan dan difahamkan hanya dijual di Thailand, selain perlu ditempah,” katanya.-HM

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker