Artis jangan terjerat aktiviti wang haram
SEJAK kebelakangan ini nama Addy Kanna bukan saja menjadi bualan rakyat malah turut ‘trending’ dalam kalangan netizen di media sosial susulan pembabitannya dalam sindiket penipuan Macau Scam, pelaburan mata wang asing (Forex) serta perjudian online.
Setiap hari, pekung lelaki yang menggunakan gelaran Datuk palsu itu terbongkar susulan siasatan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan lelaki tersebut dan beberapa individu lain.
Episod pembongkaran sindiket itu lebih hangat apabila seorang suspek bernama Goh Leong Yeong@Alvin diburu selepas berjaya melarikan diri dengan memanjat pagar Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Macau Scam: 10 lagi artis, selebriti akan dipanggil SPRM
Pada hemat penulis, kita tidak boleh fokus terhadap anggota sindiket yang sudah diberkas sahaja, tetapi pendedahan perlu dibuat mengenai sejauh mana penglibatan selebriti termasuk Instafamous tempatan dalam kegiatan haram itu.
Ini kerana siasatan SPRM turut mengaitkan artis dan selebriti tempatan dengan sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki mencuci ratusan juta ringgit dalam perniagaan yang mereka usahakan.
Persoalan mengapa ada artis yang sanggup menjadi tunggangan sindiket dan peranan mereka dalam ‘mencuci duit’ juga perlu dirungkaikan.
Seramai 10 artis dan selebriti dalam senarai terbaru akan dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram membabitkan kumpulan cuci duit haram dan perjudian dalam talian.
Beberapa hari sebelum itu juga, SPRM telah memanggil sembilan individu termasuk dua lelaki yang juga Instafamous selepas hampir dua minggu tempoh diberikan agensi itu untuk tampil memberikan keterangan secara sukarela.
Awal Oktober lalu, pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu telah hadir memberi keterangan kepada SPRM dipercayai untuk siasatan kes pengubahan wang haram.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, beberapa selebriti tempatan juga akan dipanggil sekiranya perlu untuk siasatan lanjut berkaitan kes terbabit.
Polis juga sedang menyiasat dakwaan sekiranya terdapat penglibatan ahli politik dalam sindiket itu.
Prosedur
Antara sumber wang haram adalah perjudian, pelacuran, dadah, peras ugut dan penipuan.
Sindiket tidak akan memasukkan wang ke dalam bank disebabkan beberapa prosedur yang ketat sebaliknya hanya menyimpan tunai dalam jumlah yang besar di tangan.
Kit Siang rayu pendakwaan ke atas menantunya digugurkan
Secara ringkasnya, penipuan ini berlaku apabila suspek atau ahli sindiket menyamar sebagai anggota agensi penguat kuasa seperti polis, kastam, SPRM, pihak mahkamah serta pegawai bank dengan menakut-nakutkan mangsa, kononnya terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram, dadah dan sebagainya.
Malah, terdapat juga kes suspek mendakwa mangsa mempunyai tunggakan saman mahupun cukai dan diminta untuk membayarnya dengan segera.
Suspek akan menggunakan kaedah dengan menelefon mangsa.
Modus operandi yang dikesan ialah mangsa diarahkan suspek untuk membuka akaun bank yang baharu atas nama mangsa bertujuan meyakinkan wang mangsa adalah ‘selamat’.
Mangsa kemudian diarahkan suspek untuk memindahkan semua wang ke dalam akaun bank yang baru dibuka sebelum suspek menghilangkan diri.
Dua pegawai PDRM ditahan SPRM, pengubahan wang haram, macau scam ?
Bagaimana pula dengan perjudian online? Sindiket kebiasaannya akan menyewa premis atau kediaman mewah sebagai markas pusat panggilan perjudian online.
Bagi mengelakkan artis atau selebriti terjebak dengan pengubahan wang haram, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menasihatkan artis-artis agar siasat terlebih dahulu latar belakang individu yang menawarkan suntikan modal atau dana untuk menjalankan perniagaan bagi mengelak terjebak dalam kegiatan pengubahan wang haram.
Katanya, banyak pihak mahu menjadikan artis dan selebriti sebagai rakan kongsi tetapi dalam masa sama artis-artis perlu menjaga keselamatan diri mereka supaya tidak dipergunakan.
* Muhammad Afham Ramli
You must be logged in to post a comment.