Dua pegawai PDRM ditahan SPRM, pengubahan wang haram, macau scam ?

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua pegawainya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata setakat ini, SPRM tidak memaklumkan punca penahanan pegawai terbabit termasuk sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes pengubahan wang haram membabitkan artis serta selebriti tanah air.

“Kes itu kini disiasat SPRM. Pihak terbabit tidak maklumkan penahanan pegawai kerana isu pengubahan wang haram atau kes lain.

“Bagaimanapun, kita turut membuat siasatan dalaman mengenai perkara ini.

“Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman (Datuk Zamri Yahya) akan membuat siasatan sejauh mana pembabitan pegawai dalam isu ini,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sebelum ini, SPRM membekukan 750 akaun dengan simpanan kira-kira RM75 juta hasil aktiviti pengubahan wang haram, termasuk membabitkan selebriti.

Agensi itu juga turut menyita 24 kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi milik beberapa daripada individu yang ditahan.

Sumber SPRM dilaporkan berkata, mereka juga menyita kediaman mewah milik pasangan suami isteri yang ditahan Jumaat lalu dan seorang suspek lain yang ditahan bersama-sama mereka.

BH sebelum ini melaporkan, dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’ termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform membersihkan wang hasil penipuan.

Ejen sindiket akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan.

Jumaat lalu, seorang selebriti bersama isterinya yang juga seorang artis serta seorang usahawan kosmetik dipanggil oleh SPRM membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram. BH

Guan Eng, isteri didakwa salah guna kuasa, ubah wang berkait projek RM11.6 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker