‘Tak ada duit, duduk rumah tengok tv’

 

KUALA LUMPUR: “Kalau tak ada duit, jangan cakap banyak dan jangan campur (terbabit) dalam bola sepak!”.

Itu tegas pengkritik bola sepak dan bekas penasihat global kelab Blackburn Rovers di England pada 2012, Serbegeth Singh terhadap pemilik dan mana-mana individu atau syarikat yang masih berhasrat memiliki kelab bola sepak di negara ini.

Malah, dia yang juga bekas pemain kebangsaan mencabar pemilik kelab menunjukkan kemampuan kewangan dan ‘kehebatan’ mereka membina pasukan yang benar-benar profesional termasuk menyediakan padang latihan sendiri.

“Tukar pemilik, tapi padang latihan sendiri pun tiada. Saya cabar pemilik atau yang nak jadi pemilik kelab, tunjukkan duit anda, tunjuk kehebatan anda, beli tanah dan buat padang latihan beserta kelengkapan.

“Belanjakan… tiada stadium sendiri tak apa, boleh sewa. Jika masih tak berubah, 50 tahun lagi pun bola sepak kita tetap sama. Tapi, kalau tak ada duit, duduk rumah tengok TV sajalah.

“Bola macam ‘span’, dia akan serap saja duit kita. Kalau anda seperti Roman Abramovich yang tak pentingkan keuntungan tak apa,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Semalam, BH Sukan melaporkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan akan meneliti secara terperinci kedudukan kewangan sesiapa saja yang dinamakan sebagai pemilik kelab termasuk mengenai dakwaan FELDA United sudah memiliki pemilik baharu.

Tindakan itu bagi memastikan tidak timbul masalah kewangan terutama membabitkan isu tunggakan gaji pada masa akan datang.

Santa Clara lawan pertama Safawi

Malah, Serbegeth atau Shebby turut menyokong tindakan FAM itu sambil menyifatkan badan induk itu perlu tegas mengikut segala syarat yang ditetapkan dalam proses menswastakan pasukan.

“Bagus juga FAM sudah sedar apa itu profesional, apa itu kewangan, bola sepak ini harus diuruskan sebagai satu model perniagaan.

“Kalau betul-betul nak buat pasukan bola sepak, mula dari bawah, mula dengan pemain muda. Setiap negeri ada sekolah sukan, mana pergi anak sekolah sukan, buatlah satu pasukan.

“Jika ada duit banyak yang memang tak habis tak apa (nak ambil pasukan Liga M terus). Sudah tiba masanya orang yang berkecimpung dalam bola kena tunjukkan kejantanan,” katanya.

Faiz Subri dalam kesusahan, adakah trofinya akan dijual?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker