Muhyiddin beredar selepas 2 jam menghadap Agong

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Abdulaziz selepas lebih 2 jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, dipercayai berhubung kemungkinan perintah darurat separa untuk menangani Covid-19.

FMT difahamkan tiada pengumuman secara langsung akan dibuat oleh perdana menteri malam ini, malah kenyataan rasmi juga tidak mungkin dikeluarkan.

Terdahulu, Bernama melaporkan kenderaan membawa Muhyiddin dilihat meninggalkan istana pada 7.10 malam. Beliau tiba di istana pada 4.40 petang tadi.

Turut kelihatan kenderaan membawa Panglima Angkatan Tentera Affendi Buang, dan beberapa kereta rasmi milik kerajaan Pahang.

Bernama difahamkan konvoi itu yang membawa perdana menteri terus ke Pangkalan Tentera Udara Kuantan untuk menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur.

Pagi tadi Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya untuk membincangkan isu semasa dan urusan kerajaan. Affendi juga dipercayai hadir dalam mesyuarat itu.

Spekulasi tersebar luas mendakwa kerajaan mempertimbangkan langkah darurat untuk menangani Covid-19 yang merekodkan angka jangkitan 700 hingga 800 kes sehari.

Langkah untuk mendapatkan perintah darurat itu dikritik oleh pembangkang yang menyatakan ia adalah pengakuan kegagalan dan usaha Muhyiddin untuk menyelamatkan kedudukan dalam menghadapi beberapa usul undi tidak percaya terhadapnya yang dibawa ke Dewan Rakyat.

Beberapa peguam terkemuka turut menyatakan langkah darurat tidak perlu, kerana ada kuasa yang mencukupi mengikut undang-undang untuk menangani krisis. FMT

Muhyiddin yang dalam darurat, bukan negara – Mat Sabu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker