Datuk, datin didakwa guna dokumen palsu

Suami isteri bergelar Datuk dan Datin didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 2 pertuduhan menggunakan 2 dokumen palsu berhubung cadangan pembangunan pangsapuri.

Mokhtar Haron, 66, dan Noorizan Abd Shukor, 43, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di depan hakim Izralizam Sanusi.

“Mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan,” kata Mokhtar dan Noorizan yang berada dalam kandang tertuduh selepas pertuduhan dibacakan.

Bagi pertuduhan pertama dan ke-2 mereka didakwa bersama dengan curangnya menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen, iaitu surat “Permohonan Cadangan Pembangunan Menara Pangsapuri 40 Tingkat (252 unit)” bertarikh 24 Okt 2019 dan “Cadangan Cantuman Lot (7 kepada lot) untuk Pembangunan Pangsapuri” bertarikh 29 Oktober tahun lalu, di mana kedua-dua tertuduh mengetahui dokumen itu suatu dokumen palsu.



Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di TPC Kuala Lumpur Golf & Country Club pada 30 Okt 2019, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 468 kanun sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu timbalan pendakwa raya Muhammad Aiman Azahan menawarkan jaminan RM200,000 bagi setiap tertuduh.

Peguam Rodzim Zaimy Abdul Hamid yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan yang rendah.

“Anak guam saya (Mokhtar) menghidap penyakit ‘panic disorder’ (serangan keresahan) dan tidak bekerja hanya menjalankan kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) .



“Isterinya, Noorizan pula menghidap penyakit diabetes dan seorang suri rumah,” katanya dan menambah sepanjang siasatan dijalankan sejak awal tahun ini, kedua-dua anak guamnya memberi kerjasama baik dengan pihak berkuasa.

Beliau berkata, kedua-dua tertuduh merupakan suami isteri mempunyai seorang anak berusia 18 tahun dan masih belajar di sebuah universiti serta seorang anak berumur 7 tahun.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis Ayer Keroh di Melaka memandangkan mereka tinggal di negeri itu.

Izralizam menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes. FMT



Sindiket jual dokumen palsu ujian Covid-19 dibongkar, warga Bangladesh dicekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker