Legenda Hollywood Jeff Bridges hidap limfoma
WASHINGTON: Bintang filem Amerika Syarikat (AS), Jeff Bridges semalam mengumumkan dia telah didiagnosis menderita limfoma, sejenis barah yang bermula pada sel-sel badan yang melawan jangkitan yang disebut limfosit.
Bridges, 70, yang terkenal dengan peranannya dalam filem klasik ‘The Big Lebowski’ tidak memberikan banyak butiran mengenai keadaannya.
“Seperti yang Dude akan katakan .. S ** T baharu telah muncul. Saya telah didiagnosis menghidap Limfoma. Walaupun ia adalah penyakit yang serius, saya berasa bernasib baik kerana saya mempunyai pasukan doktor yang hebat dan prognosisnya bagus. Saya sudah memulakan rawatan dan akan membuat anda terus dimaklumkan mengenai pemulihan saya,” katanya di media sosial.
Bintang Avengers Kagum Dengan Keberanian Hero Berusia 6 Tahun Ini
Bridges telah dicalonkan tujuh kali untuk anugerah Oscar, termasuk untuk salah satu peranan awalnya dalam filem hitam-putih ‘The Last Picture Show’, akhirnya menang kerana persembahannya sebagai penyanyi country yang semakin berusia pada tahun 2009 ‘Crazy Heart’.
Dia juga membintangi “Thunderbolt and Lightfoot” bergandingan dengan Clint Eastwood, dan “The Fabulous Baker Boys,” di mana dia memegang watak sebagai pemuzik jazz bersama adiknya, Beau. Dia memegang watak pembunuh kejam menentang Glenn Close di “Jagged Edge.”
Bridges muncul dalam siri “Iron Man” Marvel dan membintangi pembikinan semula filem klasik John Wayne ‘True Grit’.
Dalam ciapan susulan, Bridges mengucapkan terima kasih terhadap pesanan baik mereka yang menyokongnya, menambah, ‘Dan, sementara saya masih hidup, harap ingat untuk mengundi. Kerana kita bersama-sama dalam hal ini’. – AFP
You must be logged in to post a comment.