Robert Kuok ke-105 terkaya di dunia

NEW JERSEY: Terdapat 241 hartawan yang tersenarai dalam Forbes 2020 pada Mac, meningkat daripada 215 individu tahun lalu.

Secara keseluruhannya, kekayaan bersih mereka bernilai AS$1.4 trilion (RM5.84 trilion) iaitu 16 peratus daripada jumlah kekayaan bersih bagi semua 2,095 jutawan dalam senarai tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) laman web peruncitan Amazon, Jeff Bezos terus kekal menjadi individu paling kaya dunia berdasarkan kepada senarai Indeks Bilionair Bloomberg pada 21 Ogos lalu.

Kekayaan Jeff, 56, yang juga pemilik syarikat aeroangkasa dan perkhidmatan pesawat ang­kasa lepas, Blue Origin, dianggarkan berjumlah AS$194 bilion (RM809.08 bilion) melepasi anggaran kekayaan tertingginya pada tahun lalu sebanyak AS$167.7 bilion (RM699.39 bilion).

Pemilik Microsoft, Bill Gates, 64, di kedudukan kedua de­ngan kekayaan dianggarkan AS$122 bilion (RM508.80 bi­lion), diikuti pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg, 36, yang dianggarkan memiliki kekayaan berjumlah AS$102 bilion (RM425.39 bilion).

Hartawan dari Malaysiaa, Tan Sri Robert Kuok, 96, menduduki tempat ke-105 dengan kekayaan sebanyak AS$15.5 bilion (RM64.64 bilion).

Robert yang kini tinggal di Hong Kong mempunyai empayar perniagaan dalam harta­nah, komoditi dan perhotelan. – AGENSI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker