Kes pertama negara, pesakit COVID-19 terjun tingkat lapan bangunan hospital · MYKMU.NET

Kes pertama negara, pesakit COVID-19 terjun tingkat lapan bangunan hospital

Share

KUALA LUMPUR: Seorang pesakit COVID-19 wanita ditemui maut selepas dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 9.30 malam.

“Wanita tempatan berusia 63 tahun itu terjun dari tingkap di tingkat lapan bangunan hospital berkenaan sebelum disedari pihak hospital.

“Mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Oktober lalu selepas disahkan positif COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tentera maut dipercayai terjun dari tingkat tiga, polis siasat dakwaan dibuli

Mengulas lanjut, Habibi berkata, mangsa disahkan bebas penyakit berkenaan dan dijadualkan untuk keluar hospital pada Khamis.

“Pihak polis sedang menjalankan siasat bagi mengenal pasti punca mangsa terjun termasuk mencari saksi di tempat kejadian.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa diminta tampil membantu siasatan,” ujarnya.

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.

Pasangan kekasih ditahan kes campak bayi dari tingkat 13 pangsapuri

Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan.
Panggilan adalah percuma.

Bomba selamatkan lelaki cuba bunuh diri

Leave a Reply