Berbelanja besar mahu nampak seperti ‘BARBIE’, pemuda ini sedih tiada wanita mahu sudi bercinta
Seorang lelaki telah menghabiskan 15,000 pound untuk “kelihatan seperti Barbie” mengatakan penampilan terbarunya membuatkan segelintir wanita tidak tertarik kepada dirinya.
Lelaki tersebut, Honza Šimša memakai pakaian lelaki ketika bekerja dan tertarik kepada wanita, tetapi lebih suka tampil feminin dengan bulu mata palsu, kasut tumit tinggi dan rambut palsu.
Ketagih buat pembedahan plastik
Namun pemuda berusia 26 tahun itu mengatakan bahawa “ketagihan pembedahan” boleh memberi kesan negatif terhadap kehidupan cintanya.
Bagaimanapun, peminat “plastik seperti boneka” itu kini mempunyai 90ml cecair pada wajahnya yang disuntik ke bibir, pipi dan dagu setiap bulan kerana obses mahu tampil seperti Barbie.
Tiada wanita sudi bercinta
Pakar teknologi itu berkata, meskipun dia gemar tampil feminin tetapi dari segi dalaman masih seorang lelaki dan lebih terangsang menjalin hubungan dengan wanita.
“Saya mungkin berpakaian dan kelihatan seperti ini, tetapi saya masih seorang lelaki…”
“Saya tertarik dengan wanita, tetapi segelintir mempunyai masalah dengan penampilan saya kerana boleh mengelirukan mereka. Saya masih bujang sekarang…”
“Saya suka gadis-gadis yang saya temui mempunyai penampilan yang sama, penampilan boneka Barbie plastik.
“Saya masih menyukai diri saya ketika saya kelihatan lebih maskulin, tetapi saya lebih gembira sekarang dan masih mahu melakukan lebih banyak pembedahan…”
Dalaman masih lelaki
Memuja bintang media sosial seperti model glamor Candy Charms yang kerap berkongsi gambar dada di Instagram, selama bertahun-tahun sebelum mengubah penampilannya, Honza tertarik dengan penampilan boneka Barbie.
“Pada masa itu, saya kelihatan dan berpakaian seperti lelaki, tetapi saya selalu membayangkan apa yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan wajah yang lebih feminin…”
Honza yang telah berkongsi kisah transformasinya di Instagram sekarang mempunyai lebih 5,000 pengikut yang menyukai gambar dan video dimuat naik.
Dia turut melancarkan jenama sendiri ‘Oye Your Space’yang mengkhususkan produk bulu mata palsu dan pakaian gaya Barbie.
Sumber: Daily Mirror
You must be logged in to post a comment.