AS saman Google kerana monopoli tidak sah

PENTADBIRAN Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman ke atas Google, mendakwa syarikat itu mencabuli Akta Persaingan bagi mengekalkan monopoli dalam enjin pencarian dan pengiklanan dalam talian.

Saman ini disifatkan yang terbesar pernah difailkan pihak kawal selia AS ke atas sebuah syarikat teknologi.

Ini dibuat selepas siasatan yang dijalankan selama beberapa tahun.
Saman difailkan di Mahkamah Persekutuan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) dan 11 negeri lain.

Ia memfokuskan kepada bayaran berbilion dolar dibuat Google setiap tahun bagi memastikan enjin cariannya diletakkan sebagai pilihan utama.

Langkah ini membolehkan Google mengawal 80 peratus daripada pencarian dalam talian di AS.

Beberapa negeri lain turut melancarkan siasatan berhubung dakwaan sama.

Dalam reaksinya, Google menegaskan DoJ tiada kes kukuh terhadap mereka.

Syarikat itu mempertahankan ia mematuhi kawal selia dalam persaingan sepenuhnya.
Ini bukan kali pertama Google berdepan kes sivil hampir sama.

Ia kini dalam proses rayuan terhadap denda bernilai ASD9 bilion yang dikenakan.

Ini termasuk atas dakwaan menggunakan perisian Android untuk mempromosi aplikasinya secara tidak adil serta menghalang iklan dari syarikat pesaing.

Syarikat induk Google, Alphabet, dianggarkan mempunyai nilai pasaran ASD1 trilion. Awani

Google, Apple buang Palestin dari peta dunia

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker