UMNO dan PAS setuju daftar MN secara rasmi
Kepimpinan telah capai sepakat yg penting.UMNO DAN PAS bersetuju terus berikhtiar kearah penyatuan yg lebih luas.. pic.twitter.com/ak44Qm6I8w
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) October 20, 2020
Umno dan PAS bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), selepas cadangan ini dibangkitkan dalam mesyuarat biro politik Umno sebelum ini.
Setiausaha Agung I Annuar Musa dan Setiausaha Agung II Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata, kepimpinan kedua-dua parti bersetuju untuk mengorak langkah itu, walaupun mesyuarat jawatankuasa perunding MN yang sepatutnya bertemu semalam ditangguhkan.
“Kepimpinan MN sudah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-15 akan datang,” katanya hari ini.
Ketika ini, Umno mempunyai 39 ahli Parlimen manakala PAS pula memiliki 18 ahli Parlimen termasuk 8 memegang jawatan di peringkat eksekutif dalam pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
You must be logged in to post a comment.