Shafie punca lonjakan kes COVID-19, bidas Musa Aman

Musa Aman dalam satu surat terbuka kepada rakyat Malaysia hari ini menyalahkan Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai punca berlakunya lonjakan kes Covid-19 di seluruh negara terutamanya di Sabah.

Dalam surat berkenaan Musa menyangkal dakwaan bahawa lonjakan kes Covid-19 disebabkan cubaannya merampas kuasa ketua menteri sehingga berlakunya pilihan raya negeri.

Musa menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah yang tidak berasas.

“Dia (Shafie) ada pilihan – untuk mengundurkan diri secara bertanggungjawab atau terburu-buru mengadakan pilihan raya Sabah ketika wabak Covid-19. Dia sendiri yang pilih. Itu salah dan pentingkan diri sendiri, ”kata Musa.



Berikut adalah surat terbuka Musa (diterjemah dari bahasa Inggeris):

Saya terpaksa menulis surat ini untuk menyatakan punca berlakunya peningkatan kes Covid-19 di Malaysia dan membuka mata rakyat terhadap pembohongan dan fitnah yang dilakukan mesin propaganda yang dikenali sebagai Warisan Plus.

Warisan Plus harus mengakui sebab sebenar lonjakan kes Covid-19 di Sabah dan seluruh negara, serta bukannya menyalahkan saya dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sekiranya Warisan-Plus memenangi pilihan raya Negeri Sabah baru-baru ini, saya sangat ragu akan ada di klanagan mana-mana pemimpin partinya akan menyentuh isu mengenai wabak ini.



Akibat tidak puas hati kerana kalah dalam pilihan raya itu, hari ini kita melihat serangan oleh pemimpin Warisan Plus dan Pakatan Harapan Plus termasuk pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang, yang secara mudah menyatakan bahawa ini disebabkan saya cuba menggulingkan Presiden Warisan, Shafie Apdal sehingga berlaku pilihan raya negeri .

Dalam usaha berterusan DAP mengelirukan rakyat, Teresa Kok menegaskan bahawa pilihan raya Sabah dicetuskan oleh saya dahulu kerana saya cuba menjatuhkan kerajaan Warisan Plus dengan membentuk “kerajaan pintu belakang” dan menuduh tindakan saya sebagai ‘original sin’ yang menyebabkan peningkatan kes Covid-19.

Saya ingin mengingatkan Teresa, PH Plus dan siapa pun pemimpinnya, bahawa gabungan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah yang menyokong Shafie untuk menasihati TYT (Yang di-Pertua Sabah) untuk membubarkan DUN Sabah, sekali gus membuka jalan kepada pilihan raya negeri.

Warisan dan PH Plus perlu berhenti berbohong kepada diri mereka sendiri dan rakyat mengenai siapakah kerajaan pintu belakang yang sebenar di Sabah.



Shafie mengadakan pilihan raya kerana sedar dia telah kehilangan majoriti anggota dewan. Daripada seorang yang berlembut, dia memilih untuk bersikap sembrono dengan menasihati TYT untuk membubarkan dewan dan mengadakan pilihan raya walaupun mengetahui akibatnya di tengah wabak ini.

Dia mempuyai pilihan – untuk mengundurkan diri secara bertanggungjawab atau terburu-buru mengadakan pilihan raya Sabah ketika wabak Covid19.

Dia sendiri yang pilih. Itu salah dan pentingkan diri sendiri.

Tidak seperti Shafie, menteri besar dan ketua menteri lain bertindak secara bertanggungjawab dan terhormat – mereka mengundurkan diri. Tidak ada yang memilih untuk membahayakan rakyat negeri masing-masing.



Sejak pilihan raya, Sabah dan seluruh negara menyaksikan peningkatan besar-besaran dalam jumlah jangkitan Covid-19 baru dengan ratusan kes baru setiap hari.

Pilihan raya itu disebabkan oleh pembubaran dewan undangan negeri yang tidak pun disarankan.

Mengenangkan bahaya kepada nyawa rakyat Sabah, kami telah mengarahkan peguam kami untuk meminta pilihan raya ini ditangguhkan kerana bahaya untuk mengadakan pilihan raya ini dalam keadaan pandemik.

Peguam utama kami berhujah hal ini secara panjang lebar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dan meminta mahkamah menghentikan pilihan raya ini kerana kami tidak mahu membahayakan nyawa rakyat kami.



Bagaimanapun, peguam yang mewakili bekas ketua menteri dan kerajaan Sabah bertegas terhadap kami dan mengatakan ini hujah terdesak untuk menghentikan pilihan raya.

Saya menolak sekeras-kerasnya pendapat bahawa ia merupakan hujah terdesak.

Dalam hal ini, Shafie mesti menjelaskan kepada rakyat Sabah mengapa peguamnya membantah pilihan raya ditangguhkan semasa wabak melanda?

Rakyat Sabah berhak mendapat penjelasan dari kerajaan sebelumnya tentang mengapa DUN dibubarkan dan pilihan raya diadakan ketika wabak Covid-19 begitu serius?



Jelas, tanggungjawabn terhadap lonjakan besar-besaran dalam kes Covid-19 ini terletak pada mereka yang menyebabkan pilihan raya ini dengan membubarkan dewan undangan negeri.

Saya menolak fitnah keji dan tidak berasas yang dibuat terhadap mereka yang menyokong saya dan saya sendiri, bahawa kami menyebabkan lonjakan wabak Covid di Sabah dan seluruh Malaysia. Mk

MB Kedah: Ramai lagi orang mati sebab denggi dari Covid-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker