Rumah idaman, duduk dulu bayar kemudian

Milikinya sekarang, duduk dahulu dan beli kemudian, pilihan di tangan anda

Teringin beli rumah tapi perlukan sedikit masa lagi untuk menabung secukupnya? Bayangkanlah, hanya dengan yuran tempahan serendah RM500, sebuah kediaman impian kini berada di dalam tangan anda. Tidak hairanlah jika komitmen permulaan sebegini tidak membebankan, lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang baru mula bekerja, mereka yang baru mula berkeluarga, pembeli kali pertama, pembeli ulangan, ataupun bagi mereka yang telah merancang untuk berpindah ke tempat tinggal yang baru.

“Milikinya Sekarang”

Di sini ada berita yang menggembirakan untuk anda semua. Anda dapat menikmati kos permulaan yang rendah ini melalui skim “Own Now” (Milikinya Sekarang) di mana ia merupakan strategi permulaan yang bijak sekiranya anda merancang untuk memiliki sebuah rumah di Lembah Klang. Seperti yang telah kita sedia maklum, pembelian hartanah merupakan pelaburan jangka panjang dan atas sebab inilah membeli rumah seawal mungkin akan memberi kelebihan tertentu terutamanya dari segi tempoh pinjaman (lagi muda lagi panjang tempoh pinjamannya kerana disokong hayat produktif yang lebih panjang), apatah lagi harga rumah yang semakin meningkat pada masa hadapan, di samping kebahagiaan memiliki rumah sendiri.


Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020 – 2021



Sempena Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2020 – 2021 yang dilaungkan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), pembeli dapat menikmati pelbagai insentif istimewa untuk meringankan bebanan kewangan perumahan di samping proses pemilikan yang lebih mesra pengguna seperti diskaun 10% daripada pemaju, pengecualian duti setem bagi instrumen pindah milik (terhad kepada RM1 juta pertama berdasarkan harga hartanah) dan perjanjian pinjaman untuk rumah kediaman yang berharga antara RM300,000 hingga RM2.5 juta (tertakluk kepada Perjanjian Jual Beli (SPA) yang ditandatangani antara 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021), pinjaman sehingga 100% (bergantung kepada pemaju dan tertakluk kepada terma dan syarat tertentu), diskaun eksklusif dan keistimewaan lain daripada pemaju seperti rebat tunai dan ganjaran memperkenalkan pembeli baru.

“Duduk Dahulu, Beli Kemudian”

Sekiranya anda masih tidak bersedia untuk mencurahkan komitmen membeli rumah ataupun bimbang tentang membuat keputusan tergesa-gesa, anda sebenarnya diberi pilihan “Duduk Dahulu, Beli Kemudian” melalui skim “Stay First, Own Later”. Fleksibiliti sebegini sesuai untuk golongan muda yang baru bekerja, mereka yang baru berkeluarga, pembeli kali pertama, mereka yang ingin berpindah ke persekitaran yang baru, ataupun bagi mereka yang tengah merancang untuk memilki satu lagi unit hartanah.

Pilihan ini memberi anda kelebihan tertentu seperti kos penyertaan yang sangat rendah (contoh: deposit 1%), bayaran ansuran bulanan yang lebih rendah (sila rujuk kepada pemaju), tidak perlu membuat bayaran semasa pembinaan, dan menikmati harga jualan sekarang yang lebih rendah memandangkan harga rumah akan meningkat pada masa hadapan. Dan yang lebih istimewa lagi, anda diberi peluang menilai pengalaman mendiami rumah baru sebelum membelinya. Skim ini turut memberi anda masa secukupnya untuk membuat keputusan pembelian muktamad kelak nanti.




Sensory Residence dan Cerrado Suites

Mah Sing, pemaju penerima pelbagai anugerah, menawarkan kedua-dua skim ini untuk memenuhi kehendak anda – sama ada anda berhasrat “memilikinya sekarang” atau “duduk dahulu dan beli kemudian”. Dua projek yang diketengahkan di sini ialah Sensory Residence dan Cerrado Suites (kedua-duanya merupakan pangsapuri servis pegangan bebas) di Southville City, Bangi, kira-kira 19km dari selatan Kuala Lumpur.

Southville City merupakan satu pembangunan perbandaran baru bersepadu dengan status pegangan bebas yang merangkumi kawasan seluas 428 ekar. Projek yang tengah berjalan rancak ini berteraskan konsep pembangunan mampan yang terancang dengan keupayaan menampung keperluan generasi masa hadapan yang menerapkan gaya hidup hijau.

Sensory Residence yang beperabot separa dan dijadualkan siap pada tahun 2022 akan terpacak megah setinggi 38 tingkat yang menempatkan 477 unit kediaman dengan keluasan antara 888 hingga 914 kaki persegi pada harga daripada serendah RM470,000.



Cerrado Suites setinggi 35 tingkat yang telah siap dibina berserta perabot separa untuk terus pindah masuk mempunyai 813 unit kediaman kesemuanya dengan keluasan antara 656 hingga 828 kaki persegi, ditawarkan pada daripada harga serendah RM398,000.

Kos pendahuluan minimum dengan HouzKEY

Bagi pembeli Sensory Residence, anda boleh menikmati kemudahan HouzKEY yang ditawarkan oleh Maybank, iaitu satu program pemilikan rumah melalui pembiayaan fleksibel untuk meringankan kos permulaan anda. Manfaatnya termasuk kos pendahuluan yang minimum (deposit jaminan 3 bulan yang boleh dikembalikan), pembiayaan penuh 100% termasuk kos sampingan, duduk dahulu dan beli kemudian pada harga jualan sekarang. Kemudahan pembiayaan ini sah untuk projek pelancaran baru, yang sedang dalam pembinaan ataupun yang telah siap, yang dijual pada harga tidak melebihi RM1 juta seunit.

Rebutlah peluang keemasan ini untuk memiliki rumah impian anda. Layari https://www.mahsing.com.my/eazy-to-own/ untuk projek terlibat, terma dan syarat, promosi dan maklumat terkini. Pertanyaan dialu-alukan melalui talian 03-92120199



Rumah SelangorKu: Lebih 200 pembeli ‘menangis’ dakwa kerajaan negeri lepas tangan

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker