Cadangan FELDA ambil semula ladang, lonjak harga saham FGV

KUALA LUMPUR: Saham FGV Holdings Bhd meningkat pada awal dagangan hari ini susulan laporan FELDA berhasrat mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada syarikat itu dalam usaha untuk mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya.

Peningkatan saham syarikat perladangan itu juga didorong cadangan Perspective Lane (M) Sdn Bhd (PLSB) baru-baru ini bahawa ia menjadi pemegang saham dalam syarikat perladangan itu menerusi suntikan aset perladangan.

Dalam laporan temu bual BH hari ini, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata cadangan pengambilan balik pajakan itu sudah dipersetujui Lembaga Pengarah FELDA dan kini sedang menunggu keputusan kerajaan sebelum rundingan boleh dimulakan dengan FGV.



Langkah itu adalah sebahagian daripada transformasi yang ingin dijalankan FELDA menerusi pengenalan model perniagaan baharu yang lebih mapan dan berdaya saing untuk agensi itu.

Penganalisis berkata, langkah berkenaan akan menyaksikan FGV memperoleh pampasan tunai mencecah berbilion ringgit, justeru membolehkan syarikat itu melabur dalam perniagaan lain yang berpotensi.

Pada 10.17 pagi ini, saham-saham FGV naik dua sen atau 1.80 peratus kepada RM1.13 dengan 1.70 juta juta saham saling berpindah tangan-BH

https://mykmu.net/2017/06/06/kemelut-felda-global-ventures-holdings-fgv/



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker