Terpulang pada Muhyiddin raih kepercayaan Umno

Hubungan Umno dengan Bersatu boleh digambarkan sebagai ‘no trust, only mutual respect’ (tiada kepercayaan, hanya saling menghormati).

Umno tidak pernah mempercayai Bersatu kerana ia ditubuhkan dengan hasrat untuk memusnah dan menggantikan Umno.

Tetapi apabila negara berada dalam keadaan yang gawat pada Februari lepas, Umno bertindak menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Hasrat Umno adalah untuk memberikan impetus atau lonjakan baru kepada kedinamikan Malaysia.

Terutamanya dengan membawa pengalaman yang ada pada Umno bagi mentadbir semula negara setelah kerajaan Pakatan Harapan menggagalkan dirinya sendiri dan lari dari mandat mereka.

Setelah 7 bulan, kegelisahan Umno dengan Bersatu semakin menyerlah. Umum mengetahui kenapa Umno bukan sahaja tidak mempercayai Bersatu. Malah, ‘mutual respect’ yang tersisa juga telah semakin menipis.

Agong boleh tamat kemelut politik dengan 3 pilihan

Umno telah beberapa kali menghantar isyarat yang terang lagi bersuluh kepada perdana menteri.

Umno tidak perlu menjelaskan segala kegusarannya dengan lebih panjang lebar.

Melainkan perdana menteri dan Bersatu sengaja untuk tidak memahaminya.

Atau masih tetap mahu mengulang naratif yang sama.

Kononnya Bersatu yang menyelamatkan Umno dan menjadikan Umno kerajaan.

Sekalipun naratif itu tidak tepat, sekarang bukan masa yang sama untuk berperang dengan naratif dan perspektif.

Berani dan ikhlas

Sudah tiba masanya, untuk perdana menteri menilai dengan berani dan ikhlas, ke mana haluan kerajaannya, natijah dari tindakan Umno kebelakangan ini.

Banyak pihak melihat kerajaan yang beliau pimpin waktu ini adalah sangat lemah dengan keanggotaan kabinet yang seakan tidak berfungsi.

Sebarang keputusan yang dilakukan oleh Umno akan tentunya mengubah kerajaan.

Perdana menteri pastinya tahu bahawa keutamaan Umno ialah untuk terus cuba mempertahankan kerajaan yang sama-sama ia bentuk, jika perubahan radikal dapat dilakukan kepada kerajaan yang ada sekarang.

Umno mempunyai pelbagai pilihan waktu ini untuk menentukan jatuh bangun kerajaan PN. Umno boleh mengukuhkan PN. Umno juga boleh menumbangkannya.

Malah, Umno juga boleh mempercepatkan pilihan raya umum.

Poster Mega Deal 2020 ‘Kabinet Malaysia’, Muhyiddin PM, Ku Li TPM?

Tetapi itu adalah pilihan terakhir Umno kerana kedudukan pandemik yang melanda negara.

Umno tidak akan memperjudikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan umum demi suatu pilihan raya.

Keutamaan Umno ialah membentuk kerajaan yang benar-benar boleh mengurus negara yang berada dalam krisis.

Dan untuk itu, Umno mahu ia dihormati sebagai rakan sebenar dalam kerjasama politik ini dan bukannya sekadar penyeri kepada PN.

Semua pilihan adalah di tangan perdana menteri.

Beliau memahami apa yang Umno kehendaki dan beliau juga tahu apa yang Umno mampu lakukan.

Keutamaan Umno ialah kepentingan terbaik Malaysia. Dan jika itu juga keutamaan perdana menteri, beliau sewajarnya melakukan sesuatu dengan segera untuk merungkai kegelisahan yang Umno suarakan.

Umno akan sentiasa menyokong keputusan yang baik. Jadi, pamerkanlah kepimpinan yang ikhlas, yang boleh menukarkan ‘mutual respect’ menjadi ‘trust’ yang sebenar.

Kerana kita semua tahu. Trust is earned, not given. (Kepercayaan perlu diberi pada oleh yang layak, bukan diberi percuma).


Mohamed Khaled Nordin merupakan naib presiden Umno

 

“Deal baharu”, Mahathir Setuju Anwar TERAJUI Putrajaya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker