“Deal baharu”, Mahathir Setuju Anwar TERAJUI Putrajaya

 

Dari maklumat yang kami terima dari kalangan kenalan politik, Mahathir dan anwar dimaklumkan telah mencapai satu kata sepakat bahawa kerusi no. 1 kerajaan akan diserahkan kepada Anwar apabila kerajaan PH berjaya merampas semuala kedudukan mereka di Putrajaya. Ini mengesahkan cakap – cakap orang kanan parti seperti Salehuddin ayub bahawa PH akan kembali berkuasa sebelum bulan Jul ini. Anwar sebelum itu dalam video yang dimuat naik beberapa hari lalu dilaman FB beliau turut memaklumkan bahawa ada rundingan dikalangan MP tetapi ianya masih belum dimuktamadkan. Ini dapat mengesahkan bahawa angka 129 MP itu adalah dalam radar PH.

Menurut bacaan politik rakyat, sebahagian MP ini yang popular di kedua – dua belah pihak masih lagi membuat kira – kira politik tentang untung nasib mereka tentang tawaran mana – mana pihak. Politik mereka tidak bergantung kepada sokongan rakyat sebelum ini tetapi berdasarkan sedikit kelebihan dan kestabilan politik dan kerajaan yang bakal mereka sertai nanti.



Berbalik soal kerusi Perdana Menteri, Mahathir kini telah akur bahawa untuk beliau kembali ke Putrajaya adalah sesuatu agak mustahil setelah segala pendedahan yang berlaku baru – baru yang melibatkan Bersatu, namun beliau dalam ‘deal baharu’ berkenaan berjaya meletakkan Mukhriz sebagai TPM. Ini sebenarnya adalah satu usaha strategik beliau untuk mengekalkan legasi dan mengukuhkan kedudukan pengaruh beliau dalam kerajaan ph nanti.

Walau bagaimanapun apa jua dakwaan angka yang ada pada kerajaan PH atau pada kerajaan PN, dengan kecelaruan politik dan situasi negara pada hari ini sudah pasti YDPA akan menggunakan kebijaksanaannya sebagai benteng terakhir pada rakyat sekiranya berlaku satu lagi krisis peralihan kuasa dalam masa terdekat ini.

Amin Yatim

 



 

 

 

 



Related Articles

3 Comments

  1. Mukhriz berkata dalam perbincangan itu Anwar ada menyatakan kesediaan beliau menerima dirinya, bapanya(Mahathir), Syed Saddiq & yang lain secara en-bloc ke dalam PKR.

    Berhubung permintaan Anwar mahu melantik Syed Saddiq sebagai Setiausaha Sulit kepada PM dalam PMO, Mukhriz berkata beliau akan bertanya pada tuan empunya badan sama ada dia bersetuju untuk tidak bersetuju atau sebaliknya. Permintaan Anwar itu adalah sebagai timbal balas kepada kesanggupan Anwar melantik beliau sebagai TPM.

    Kata Mukhriz lagi, Anwar akan melaksana agenda pembaharuan(reformasi) dalam pentadbiran kerajaan baharu yang bakal beliau terajui nanti dimana jawatan Setiausaha Sulit kepada PM akan diiktiraf sama dengan jawatan seorang menteri dalam kabinet.

    Apa pun menurut kata Mukhriz, beliau cuma tidak faham dan akan bertanya lagi pada Anwar tentang satu ungkapan dari Anwar yang berkata “adalah janggal serta diluar tabie ada menteri itu dan ini dalam kabinet tetapi tidak ada coffee dalam kabinet”

  2. Kadang2 seronok baca dua2 Mat Jenis Tua dan Mat Jenin Sikit Muda mengelamun masing2 nak jadi PM. Mungkin mereka bercita2 nak rebut jawatan PM di negara Antah Berantah. Dan lawaknya siap pulak anak Mat Jenin Tua bersedia jadi Timbalan PM !! Tak mungkin mereka berbincang nak jadi PM di negara ini sebab kalaupun kerajaan yang memerintah jatuh melalui undi tak percaya, kuasa tak beralih macam main guli. Lainlah kalau kerajaan tersebut mengosongkan Putrajaya macam Madey buat dulu. Ketika itu tak ada kerajaan, oleh itu YDP Agung cari penggantinya. Kali ini cara main nya lain. Katalah Mahyuddin kalah, dia jumpa Agung minta bubar Parliamen dan pulangkan kuasa pada Rakyat untuk pilih kerajaan, iatu PRU15 ( PH tentu gerun dengar perkataan ini). Siapa boleh teka, adakah dua2 Mat Jenin ini akan dipilih oleh rakyat??

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker