Enam beranak tidur dalam kereta akibat air pasang besar

KUALA SELANGOR – Sebuah keluarga terpaksa berteduh dan tidur dalam kereta berikutan kediaman mereka di Kampung Sungai Janggut banjir akibat fenomena air pasang besar sejak Jumaat lalu.

Mohd Helmi Husin, 48, berkata, dia dan isteri, Zareni Mohd Yop, 36, serta empat anak tiada pilihan lain selain berteduh sementara dalam kereta Perodua Myvi yang diparkir di tepi jalan iaitu kira-kira 50 meter dari kediamannya.

“Biarpun dalam keadaan berhimpit tapi kami tidak mahu menyusahkan sesiapa. Biarlah kami hadapi semua ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Katanya, dia menyedari air mencecah paras 1.2 meter pada jam 5.30 pagi tadi berbanding semalam hanya 0.3 meter.

Menurutnya, beberapa barangan yang diletakkan di atas para seperti peti ais, barangan elektrik lain dan keperluan sekolah anaknya turut dimasuki air.

Mohd Helmi berkata, sebelum ini jika kejadian sama berlaku dia akan menghantar isteri dan anak-anak ke rumah anak sulung mereka yang berusia 18 tahun di Klang.

Bagaimanapun katanya, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mereka hanya berteduh di dalam kereta.

Seorang lagi mangsa banjir, Saiful Hazri Sulaiman, 33, berkata, ini kali pertama rumahnya dilimpahi air sejak menetap di situ lima tahun lalu.

Menurutnya, air mula memasuki rumah pada jam 6 pagi sebelum keseluruhan rumah digenangi air setinggi 0.3 meter sejam kemudian.

Saiful Hazri bersama isterinya, Noor Ain Razali, 32, dan dua anak bagaimanapun sempat memindahkan beberapa barangan berharga ke tempat lebih selamat.

“Saya memang terkejut sebab sebelum ini air hanya melimpah di pekarangan rumah. Saya kemudian menghubungi pasukan bomba bagi membantu kerja-kerja mengepam air keluar dari rumah.

“Kejadian ini mengakibatkan beberapa barangan mengalami kerosakan antaranya peti ais, mesin basuh, alatan perabot, katil dan sofa dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM5, 000,” katanya – SH

Alasan berteduh dari hujan, tapi tanpa pakaian hanya bertuala..

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker