Gangguan air di 686 kawasan Lembah Klang malam ini akibat paip bocor
Sebanyak 686 kawasan di Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 9 malam ini, berikutan henti tugas separa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).
Air Selangor Sdn Bhd dalam kenyataan malam ini berkata, ia bertujuan membolehkan kerja pembaikan paip bocor yang menyalurkan air terawat dilakukan.
“Kerja pembaikan paip bocor ini dijangka siap sepenuhnya pada 8 pagi 18 Okt. Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat dan sistem rawatan loji akan kembali seperti biasa pada 2 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai boleh merujuk lokasi gangguan bekalan air tidak berjadual itu di Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi telefon pintar Air Selangor dan www.airselangor.com.
Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja pembaikan paip itu dari semasa ke semasa.
Penderitaan madalah air di Selangor berterusan, sampai bilakah?
You must be logged in to post a comment.