Ronaldo langgar lagi protokol Covid-19

Milan: Cristiano Ronaldo mungkin sudah melanggar protokol koronavirus apabila terbang ke Portugal ketika Juventus melakukan proses pengasingan dan kemudian kembali ke Turin minggu ini selepas didapati positif wabak itu, kata Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora.

“Ya, saya rasa begitu sekiranya tidak ada kebenaran khusus dari pihak kesihatan,” kata Spadafora kepada Radio Uno ketika ditanya sama ada bintang Portugal berusia 35 tahun itu melanggar peraturan Covid-19.

Ronaldo mengambil risiko apabila menyertai skuad kebangsaan minggu lalu di sebalik Juventus sedang melalui proses pengasingan berikutan dua staf kelab itu didapati positif Covid-19.



Pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu didapati positif Covid-19 Isnin lalu, hari yang menyaksikan Portugal seri tanpa jaringan ketika bertemu Perancis di Paris dan kemudian dia kembali ke Itali menggunakan jet peribadinya, Rabu lalu.

Cristiano Ronaldo disahkan positif COVID-19

Presiden Juventus, Andrea Agnelli berkata, pihaknya mengormati segala protokol sukan, merujuk kepada kenyataan Menteri Kesihatan dan Dalam Negeri yang sedang melakukan siasatan peraturan manakah dilanggar oleh Ronaldo.



“Cristiano Ronaldo kembali ke Itali dengan penerbangan perubatan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa kesihatan atas permintaan pemain dan akan meneruskan pengasingan di rumahnya,” kata Juventus dalam satu kenyataan.

Kesemua pasukan Juventus melalui tempoh pengasingan selepas pemain tengah Amerika Syarikat (AS), Weston McKennie didapati positif Covid-19.

McKennie dan Ronaldo melalui tempoh kuarantin untuk sekurang-kurangnya 10 hari dan perlu memperoleh keputusan negatif apabila kembali menyertai rakan sepasukan.

“Saya rasa untuk ketika ini, protokol bagi acara sukan membabitkan Serie A dan persatuan sukan serta kelab yang lain masih kekal selagi mereka menghormatinya,” kata Spadafora.



Ronaldo, bintang Juve langgar arahan Covid-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker