Suspek samun suri rumah di kedai dobi ditahan

BANTING – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun seorang suri rumah di sebuah kedai dobi pada 19 September lalu berjaya diberkas polis di sebuah bilik sewa sekitar Jalan Toman 1, Taman Sri Putra di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan menerusi Ops Cantas dilaksanakan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kira-kira jam 1.30 tengah hari.

“Operasi ini turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.



Lelaki bunuh tiga ekor kucing di kedai dobi

“Selain itu, semakan lanjut juga mendapati suspek memiliki beberapa rekod jenayah lampau termasuk kes dadah,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa berusia 33 tahun itu dikatakan sedang mencuci baju di sebuah kedai dobi di Jalan Kiambang, Banting sebelum didatangi suspek yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5.



Azizan berkata, suspek telah bertindak menolak mangsa ke mesin basuh dan memukulnya di bahagian kepala serta mengambil telefon bimbitnya selain wang tunai RM150.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Pasangan kekasih dicekup selepas samun warga emas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker