Ronaldo, bintang Juve langgar arahan Covid-19

Milan: Cristiano Ronaldo dan beberapa pemain utama Juventus bakal berdepan tindakan undang-undang kerana menyertai pasukan kebangsaan mereka sekali pun terikat syarat Covid-19 selepas dua kes positif membabitkan juara Itali itu, menurut jabatan kesihatan tempatan di Turin hari ini.

Sama seperti bintang Portugal itu, beberapa pemain Amerika Selatan termasuk Paulo Dybala, Juan Cuadrado, Danilo dan Rodrigo Bentancur dilaporkan meninggalkan hotel pasukan Juventus tanpa menunggu keputusan ujian minggu ini, menurut laporan media Itali.

“Menurut kelab itu beberapa pemain meninggalkan tempat pengasingan dan melanggar syarat ditetapkan jabatan berkaitan,” kata Pengarah jabatan kesihatan di daerah Piedmont, Roberto Testi yang dipetik agensi berita Ansa.



Ronaldo akhirnya atasi Messi

Keseluruhan pasukan Juventus dan kaki tangan menjalani pengasingan sejak Sabtu lalu bagi menghalang penularan wabak itu.

Beberapa pemain yang dipanggil bagi tugasan antarabangsa negara masing-masing bagaimanapun akan dibenarkan meninggalkan pasukan selepas semuanya disahkan terkawal.



Ia termasuk pemain Perancis, Adrien Rabiot, pemain Itali Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci, Aaron Ramsey (Wales) serta Wojciech Szczesny (Poland).

Safawi boleh sehebat Ronaldo



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker