Ibu bapa perlu bijak main peranan tangani masalah, tekanan

SHAH ALAM – Ibu bapa perlu bijak menangani masalah agar tekanan tidak terus berlaku dalam keluarga mereka ketika negara berdepan dengan pandemik koronavirus (Covid-19) ketika ini.

Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, masyarakat boleh mengambil pengajaran daripada kisah Nabi Yusof ketika berdepan masalah atau tekanan.

“Salah satu jalan penyelesaian yang dilakukan baginda adalah dengan meluahkan kepada bapanya, Nabi Yaakub.

“Jadi, ibu bapa perlu bijak memainkan peranan terutama ketika anak-anak perlu belajar di rumah, sekali gus menggalas tanggungjawab guru-guru di sekolah,” katanya yang juga salah seorang panelis program Wacana Al-Quran yang bakal menemui penonton pada 19 Oktober ini.

Ahmad Sanusi berkata, sirah Nabi Muhammad SAW juga perlu dijadikan contoh kerana baginda sejak kecil lagi hidup dalam kesusahan dan sentiasa berdikari.

Justeru, katanya, dalam situasi kehidupan norma baharu akibat pandemik Covid-19, ibu bapa kena sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak, begitu juga anak-anak perlu bersikap positif.

Penjara perlu bantuan, di mana dan apa peranan kementerian?

“Walaupun kita diibaratkan terpenjara di rumah sendiri ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sesetengah negeri ketika ini, namun kita masih boleh berhubung menggunakan kemudahan komunikasi termasuk dalam aspek pendidikan.

“Jadi, ia secara tidak langsung mengurangkan tekanan yang dihadapi. Ibu bapa juga seharusnya memberi sedikit ruang buat anak-anak mereka untuk berhubung dengan kawan-kawan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Sanusi turut berpendapat bahawa kebersamaan ibu bapa dan anak-anak perlu ada dalam sebarang aktiviti ketika berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PRU 15: Pemimpin politik jangan lupa tanggungjawab

“Kita tidak mahu dalam tempoh ini ibu bapa dan anak-anak hanya fokus dan sibuk terhadap diri sendiri sahaja.

“Selain itu, kadang-kadang ibu bapa juga sibuk ketika berada di rumah kerana masing-masing terpaksa bekerja dari rumah sehingga menyebabkan komunikasi dalam keluarga terbatas sehingga masa untuk bersama keluarga semakin berkurangan.

“Kita boleh lihat contoh-contoh hubungan ibu bapa dengan anak dalam al-Quran seperti Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail apabila mereka melakukan aktiviti membina Kaabah bersama-sama,” jelasnya.

Buat pemandu Myvi, tiada maafkan bagimu buat masa ini

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker