Sudah hina rakyat Sabah, tampil minta maaf pula

KOTA KINABALU – Seorang lelaki tampil meminta maaf kepada rakyat Sabah atas ketelanjurannya mengeluarkan kata-kata kesat menghina rakyat Sabah menerusi rakaman video yang tular di media sosial dua hari lalu.

Permohonan maaf berkenaan dibuat menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 19 saat yang mula tular dan dikongsi melalui media sosial Facebook dan WhatsApp kira-kira jam 11 malam tadi.

Lelaki itu tampil memohon maaf dan menyesali perbuatannya itu selepas kira-kira 12 jam sidang media Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali mahu mengesan lelaki dari Johor yang mengeluarkan kenyataan menghina rakyat Sabah.

Dalam video itu, lelaki terbabit meminta maaf kepada rakyat Sabah terutamanya yang berada di Johor kerana mengeluarkan kata-kata kesat dua hari lalu menerusi satu rakaman video yang turut tular di aplikasi WhatsApp.

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

“Tapi ini hari saya minta maaf banyak-banyaklah sebab saya terlepas cakap, jadi saya minta rakyat Sabah tak kira di mana berada sama ada berada di negara Sabah atau pun berada di dalam Malaysia terutama di negeri Johor, saya minta maaf banyak-banyak.

“Maafkan saya, saya terlepas cakap. Saya tahu memang saya salah, saya minta maaf banyak-banyaklah kepada rakyat Sabah,” katanya dalam pengakuan beliau di video itu.

Semalam Hazani dalam sidang medianya berkata, polis mengesan lelaki dari Johor itu dan siasatan akan dijalankan selepas rakaman suara itu didapati boleh memecah belahkan keharmonian rakyat di negara ini.

Susulan kenyataan itu, polis Sabah akan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan lelaki itu.

Individu yang melakukan kesalahan itu boleh disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Poster Mega Deal 2020 ‘Kabinet Malaysia’, Muhyiddin PM, Ku Li TPM?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker