Pak Lebai didakwa cederakan kucing jiran

Kota Bharu: Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan seekor kucing milik jirannya.

Tertuduh, Ab Hamid Ismail, 70, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sharif Sabran dan tertuduh diwakili peguam Rozihan Othman.

Lelaki mengaku tidak bersalah bunuh tiga kucing dalam mesin kedai dobi

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kesakitan tidak sepatutnya terhadap seekor kucing milik Nur Amalin Aishah Ariffin pada 17 Ogos lalu pada 10.30 malam di Jalan Pintu Gang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan 22 November depan bagi proses serahan dokumen. HM

Lelaki bunuh tiga ekor kucing di kedai dobi

Related Articles

2 Comments

  1. teringat aku dulu jiran yang aku sangka orang alim simbah air panas pada kucing bergaduh buat bising meninggikan suara masing2 ditepi rumahnya…aku nak kata dia memang sengaja sudah merancang & berniat cederakan kucing kalau tak apa susahnya halau kucing itu hanya dengan menyimbah air biasa?

    mustahil pak aji jiran aku itu yang sudah terlajak ketuabangkanya tidak pernah baca atau tahu tentang betapa nabi sayang pada kucing…tentang lelaki yang bunuh kucing dengan memasukkannya dalam washing machine itu, harap di padang mahsyar nanti kucing tidak akan dapat minta perbuatan yang sama dilakukan kepada lelaki itu…apa yang pasti ‘washing machine’ ciptaan Allah azza wa jalla teramat hebat adanya!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker