Lelaki bunuh tiga ekor kucing di kedai dobi

GOMBAK – Seorang lelaki bertindak kejam membunuh tiga ekor kucing dengan meletakkan haiwan itu di dalam mesin basuh di kedai dobi di Desa Aman Puri, kepong hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 pagi.

“Wanita itu memaklumkan, dia datang ke dobi tersebut untuk mencuci pakaian dan mendapati tiga ekor kucing sudah mati di dalam mesin basuh yang berasingan di premis berkenaan,” katanya.

Arifai berkata, hasil siasatan awal rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki telah memasukkan tiga ekor kucing di dalam mesin basuh tersebut pada jam 5.30 pagi.

“Siasatan lanjut dirujuk kepada Pejabat Veterinar Shah Alam untuk tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Rakaman CCTV kejadian itu turut tular di media sosial dan menerima kecaman warganet yang mahu tindakan segera diambil pihak berkuasa.

SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker