1 Utama Dakwa Berlaku ‘Salah Faham’ Dalam Laporan 44 Pegawai Keselamatannya Positif COVID-19

Susulan daripada laporan yang menyatakan terdapat sehingga 44 kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja keselamatan mereka, pihak 1 Utama pagi ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

Menurut mereka, 44 kes yang dilaporkan itu tidak berasal daripada bangunan mereka dan bukannya dikenal pasti melalui ujian saringan besar-besaran yang dilakukan mereka baru-baru ini.

“Kami ingin menyatakan di sini bahawa 44 kes positif dalam kalangan pegawai keselamatan seperti dilaporkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling bukan berasal daripada 1 Utama.

“Ia juga bukan sebahagian daripada 6,000 ujian secara besar-besar besaran yang telah kami laksanakan sebelum ini.

Sebaliknya, kesemua 44 kes yang dilaporkan itu tambah mereka adalah pekerja keselamatan yang dibekalkan pihak ketiga dimana wabak berkenaan telah dijangkiti ketika berada di tempat penginapan dan bukannya premis mereka.

Malah, mereka menjelaskan daripada ribuan ujian saringan yang dilakukan itu, pihak mereka hanya mengesan sebanyak 21 kes positif dan bukannya 63 kes seperti dilaporkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling pada semalam mengeluarkan kenyataan terdapat 63 kes positif COVID-19 melibatkan kluster Kompleks Beli Belah One Utamaa dengan 44 daripadanya terdiri daripada pekerja keselamatan.

Perkembangan berkenaan sekaligus menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai memandangkan pusat beli-belah itu merupakan antara yang popular dalam kalangan pengunjung di sekitar Lembah Klang.

121185069_1525112181017552_6480129099066113806_n

LAPORAN OLEH JBPD MENGENAI PERKARA TERSEBUT PADA SEMALAM

1 Utama nafi laporan 63 positif COVID-19 di premisnya

1 Utama nafi laporan 63 positif COVID-19 di premisnya
Kompleks beli-belah 1 Utama nafi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling bahawa terdapat 63 kes positif COVID-19 dari premis itu. -Facebook / 1 Utama Shopping Centre

KUALA LUMPUR: Kompleks beli-belah 1 Utama nafi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling bahawa terdapat 63 kes positif COVID-19 dari premis itu.

Menurut pihak pengurusannya, kenyataan itu mengelirukan dengan memberi kesimpulan bahawa semua kes dinyatakan dalam laporan adalah datang dari 1 Utama kerana tiada kes indeks dikenal pasti dari kompleks beli belah itu.

Jelasnya, hasil ujian swab yang dilakukan ke atas 6,000 kakitangan kompleks beli-belah dan penyewa pada 11 hingga 12 Oktober lalu mendapati hanya 21 kes positif COVID-19 dilaporkan.”Daripada 6,000, semalam kami menyimpulkan bahawa keputusan ujian dan berjaya mengenal pasti 20 kakitangan penyewa dan seorang kakitangan pengurusan kompleks beli-belah positif COVID-19.

BACA: COVID-19: 63 kes positif di One Utama, 44 daripadanya pekerja keselamatan

One Utama juga menyatakan bahawa 44 kes COVID-19 yang dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling adalah bukan dari kompleks beli-belah itu.

Malah, mereka adalah bukan sebahagian daripada 6,000 mereka yang menjalani ujian swab dilakukan.”Mereka sebenarnya adalah pengawal keselamatan kontrak dari luar pihak penyedia perkhidmatan di mana jangkitan COVID-19 itu adalah melalui asrama dan bukan di dalam premis kami,” tambahnya.

Kata kenyataan lagi, apabila dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai seorang pengawal keselamatan positif COVID-19, pihak 1 Utama telah mengarahkan kesemua pengawal keselamatan untuk mengulangi ujian COVID-19 dan hanya akan membenarkan mereka bekerja semula apabila mereka bebas virus itu-Awani

Kredit: Awani , TheVocket

Covid-19 : Kluster One Utama: 63 kes positif

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker