Syarat baharu UMNO atas kehendak akar umbi
Keputusan UMNO untuk meletakkan syarat baharu sebelum membuat ketetapan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional adalah selari dengan kehendak dan kemahuan akar umbi UMNO.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang Noor Azleen Ambros menegaskan, pendirian tersebut pastinya telah meletakkan kepentingan parti lebih daripada segala-galanya.
Menurutnya, soal kelangsungan, maruah serta masa depan parti perlu terus menjadi keutamaan parti tersebut.
”Ini melangkaui matlamat untuk berkerajaan semula (secara mutlak) dalam pilihan raya yang akan datang semata-mata,” katanya sambil menyifatkan pendirian UMNO itu sebagai open secret bahawa kedudukan dan sokongan UMNO dalam Perikatan Nasional selama ini sebenarnya merugikan UMNO.
Katanya, UMNO mempunyai kekuatannya yang tersendiri, sokongan akar umbi yang teguh dan tidak berbelah bahagi, selain jentera di banyak peringkat yang bersedia menghadapi apa jua kemungkinan pada bila-bila masa.
Apatah lagi soal dasar dan pengalaman menguruskan negara dalam pelbagai situasi, yang semestinya jauh lebih baik daripada Perikatan Nasional.
8. Untuk itu, Pemuda UMNO Pasir Gudang menyokong keputusan dan pendirian terbaharu parti ini.
Noor Azleen menambah, sokongan ini akan turut disusuli dengan membahaskan perkara ini sebagai usul dalam mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Pasir Gudang pada awal November akan datang. MG
You must be logged in to post a comment.