IPTS diberi pengecualian laksana peperiksaan antarabangsa semasa PKPB

Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) diberi pengecualian untuk menjalankan peperiksaan yang dilaksanakan penyedia peperiksaan luar negara atau peperiksaan antarabangsa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut jadual yang ditetapkan.

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu melibatkan seramai 3,031 pelajar tempatan dan 195 pelajar antarabangsa di negeri yang terlibat dengan PKPB iaitu Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut JPT, pelajar perlu mendapatkan surat pengesahan daripada IPTS masing-masing, melibatkan mereka yang mengambil Peperiksaan Cambridge GCE ‘A’ Level, Australian Matriculation (AUSMAT), Canadian Pre-U dan seumpamanya.

Turut terlibat ialah pelajar yang telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan dengan penyedia peperiksaan luar negara atau peperiksaan antarabangsa dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).



“Pengecualian ini tertakluk kepada pematuhan IPTS terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan keputusan kerajaan dari semasa ke semasa,” menurut JPT. Bernama

Peperiksaan SPM 2020 bermula 6 Januari 2021



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker