Kerajaan bersihkan nama AirAsia daripada dakwaan jual data peribadi pelanggan

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menafikan satu laporan media mendakwa Kumpulan AirAsia Berhad bercadang menjual data peribadi pelanggan kepada sebuah firma di Amerika Syarikat.

Jabatan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu berkata, ia sudah mendengar penjelasan AirAsia berhubung perkara itu.

“Pihak jabatan mengambil maklum tiada isu ketirisan dan penjualan data peribadi yang berlaku serta berpuas hati dengan penjelasan diberikan AirAsia berkaitan isu tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPDP berkata, penjualan data peribadi ialah kesalahan di bawah Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes dipetik sebagai berkata, sebuah firma pemberi pinjaman AS sedia menawarkan pinjaman sehingga AS$1 bilion untuk perniagaan data syarikat penerbangan itu.

Ini menimbulkan kebimbangan pelanggan yang data peribadi mereka akan jatuh ke tangan tidak sepatutnya dan mempersoalkan sama ada ia melanggar privasi mereka.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama firma berpotensi itu, tetapi beliau menyentuh aplikasi “super” baru yang didorong data akan menjadi penyumbang keuntungan kumpulan itu buat 5 tahun akan datang. FMT

KERAJAAN CADANG BERI AZMIN PERLINDUNGAN HAK KEBEBASAN PERIBADI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker