‘Sekarang Satu Mahkamah Tahu Perangai Sebenar Dia’ – Ammar Alfian Dibenar Cerai Isteri Secara Tebus Talak
Sebelum ini, isteri kepada pelakon terkenal Ammar Alfian Aziz iaitu Nellisa Nezam memberitahu bahawa dia nekad dengan keputusan untuk berpisah dengan suaminya. Nellisa dikatakan telah memfailkan tuntutan perceraian sekitar bulan Januari yang lalu.
Artikel berkaitan: ‘Sebagai Isteri Saya Mahukan Sesuatu Daripada Suami Tapi…’ – Isteri Ammar Alfian Fail Penceraian
Alhamdulillah
Alhamdulillah. Hari ini mahkamah benarkan saya dan bekas isteri bercerai secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh bekas isteri kepada saya RM7000. Comel tak peguam saya. Finally the truth is out. She may had the world fooled plotting with the media to go against me but the truth will always prevail. Sekarang satu mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia. What u did to my mom & dad I will never forgive u. Justice has been served.
Menurut Ammar, pihak mahkamah telah memberikan kebenaran buat mereka untuk bercerai secara tebus talak dan bekas isterinya iaitu Nellisa, perlu membayar iwad sebanyak RM7000. Tambahnya lagi, segala kebenaran akhirnya sudah terjawab. Di samping itu, Ammar turut memberitahu bahawa selama ini bekas isterinya telah menggunakan media sebagai sumber untuk menentangnya. Namun, mahkamah telah mengetahui perangai sebenar bekas isterinya hari ini.
Di akhir posting tersebut, Ammar turut menyatakan bahawa dia tidak akan memaafkan bekas isterinya di atas semua kesalahan yang dilakukan terutama terhadap ibu bapanya.
You have done the right choice
Ammar Alfian Sah Bercerai, Bekas Isteri Perlu Bayar Tebus Talak RM7,000
KUALA LUMPUR – Pelakon Ammar Alfian mendedahkan dia sudah pun sah bercerai dengan isterinya, Nelissa Nezam secara tebus talak hari ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Perkara itu didedahkan Ammar, 33, menerusi Instagramnya hari ini dengan berkata, Nelissa perlu membayar bayaran iwad sebanyak RM7,000.
“Alhamdulillah. Hari ini mahkamah benarkan saya dan bekas isteri bercerai secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh Nelissa kepada saya sebanyak RM7,000,” tulisnya.
Dalam hantaran itu, pelakon filem Paskal tersebut turut meluahkan perasaan syukur kerana kebenaran telah berbukti berpihak kepadanya.
“Akhirnya kebenaran telah diketahui. Selama ini dia memperbodohkan semua orang dengan menggunakan media untuk menentang saya tetapi kebenaran selalunya akan berpihak kepada yang benar.
“Sekarang satu Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia. Saya tidak akan maafkan apa yang awak telah lakukan kepada ibu dan ayah saya,” ujar Ammar.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga Ammar dan Nelissa, 31, mula mendapat perhatian selepas wanita itu mendedahkan suaminya berlaku curang ketika dia sedang sarat hamil enam bulan pada Mei tahun lalu.
Meskipun menafikan tuduhan isterinya, namun kemelut rumah tangga pasangan itu terus berlarutan selepas Nelissa sekali lagi mendedahkan bukti paparan skrin kecurangan Ammar tidak lama selepas itu.
Januari lalu, Nelissa memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, tetapi ditolak oleh Ammar.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Mac 2016 dan menimang cahaya mata lelaki bernama Kyro Shakur yang kini berusia setahun tiga bulan. – K! ONLINE
Kredit: Oh Bulan, Kosmo
Sumber: Ammar Alfian