Peluang makan tengah hari dalam Airbus A380
SINGAPURA – Hidangan di lapangan terbang menjadi popular tanpa disangka untuk Singapore Airlines dengan beratus-ratus ‘penumpang’ membayar harga menyamai tiket tambang murah untuk makan di dalam pesawat jumbo Airbus A380 .
Pada harga sedikit mahal sekitar AS$470 (RM1,946), orang ramai yang meminati hidangan yang disediakan untuk syarikat penerbangan boleh makan di dalam A380 iaitu pesawat penumpang terbesar di dunia.
Akhbar Straits Times melaporkan, peluang menikmati hidangan dalam pesawat itu terbukti popular dengan semua 900 tempat duduk yang ditawarkan untuk makan tengah hari pada 24 dan 25 Oktober ini habis dijual dalam masa setengah jam selepas tempahan dibuka kelmarin.
Berikutan permintaan begitu memberangsangkan, Singapore Airlines mengumumkan bahawa ‘restorannya’ akan dibuka untuk tambahan dua hari lagi, manakala makan tengah hari dan makan malam ditawarkan pada semua empat tarikh tersebut.
Ketika industri penerbangan global dilanda krisis akibat pandemik koronavirus, banyak syarikat penerbangan mencari jalan alternatif bagi menjana wang termasuk ‘penerbangan tanpa destinasi’ dan lawatan pesawat.
Singapore Airlines membuang beribu-ribu pekerja dan menutup operasi hampir semua pesawatnya pada tahun ini. – AFP
-Kosmo
Kesan Covid-19 : 13,000 kakitangan Malaysia Airlines ditawar cuti tanpa gaji