Staf Public Bank KL positif Covid-19

Seorang kakitangan Public Bank di Menara Public Bank disahkan positif Covid-19 semalam.

Menurut Public Bank, pekerja itu tidak datang bertugas di ibu pejabat sejak 10 Oktober lalu.

“Aktiviti pembersihan dan sanitasi menyeluruh dijalankan di setiap tingkat bangunan yang terjejas selaras garis panduan Kementerian Kesihatan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, bank juga membersihkan dan menyanitasi semua kawasan umum. Pembasmian kuman juga akan dijalankan di seluruh bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua kakitangan yang berhubung dengan kakitangan terbabit sudah dikuarantin di rumah dan diuji untuk Covid-19 di hospital swasta dilantik oleh bank itu.

Selain itu, pengurusan Public Bank sentiasa mempertingkatkan langkah keselamatan kakitangan untuk menangani sebarang potensi risiko.

“Semua kakitangan bank dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri dan mematuhi SOP dikeluarkan Kementerian Kesihatan, serta akur sepenuhnya perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB),” kata kenyataan itu.

Public Bank berkata, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan serta pelanggannya di premis itu. Bernama

https://mykmu.net/2018/01/24/mahathir-lupakah-dap-mahu-berhentikan-700000-kakitangan-awam/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker