Ketua – ketua parti politik dipanggil ke Istana Negara untuk mengadap
Selepas Anwar dan Tengku Razaleigh dipanggil mengadap, sumber memaklumkan bahawa ketua-ketua parti termasuk Bersatu, Umno, Pas, DAP, AMANAH dan juga Warisan.
juga telah dipanggil dan dijadualkan mengadap YDPA. Menurut Anwar dalam sidang media tadi, beliau mahu rakyat bertenang dan memberi ruang kepada YDPA untuk
meneliti dokumen dan memanggil semua ketua – ketua parti untuk memberi pandangan berhubung soal berkenaan.
Anwar serahkan dokumen sokongan majoriti kepada Agong dan anggap kerajaan PN sudah jatuh
Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempunyai 18 ahli Parlimen (MP) turut dipanggil ke istana hari ini.
“Lim Guan Eng dipanggil Rabu ini manakala Mohamad Sabu dipanggil Khamis,” kata sumber itu.
Namun pengesahan daripada Istana Negara masih belum diperolehi sehingga kini.
2 Pertemuan: Selepas Anwar, Tengku Razaleigh pula mengadap Agong
You must be logged in to post a comment.