Anwar serahkan dokumen sokongan majoriti kepada Agong dan anggap kerajaan PN sudah jatuh

Anwar Ibrahim mengesahkan telah menyerahkan dokumen sahih sebagai bukti sokongan majoriti sokongan kepadanya.

Anwar menyatakan dia ada lebih 120 ahli parlimen bersamanya.

Menurutnya lagi Agong akan memanggil ketua-ketua parti selepas ini.

Anwar juga mengatakan Tan Sri Muhyiddin sepatutnya mengambil langkah bijak dengan meletak jawatan.



Beliau juga mahu rakyat bersabar dan membiarkan kebijaksanaan baginda Agong untuk membuat keputusan.

Beliau berkata akan mengeluarkan senarai nama-nama yang menyokongnya kemudian.

Presiden PKR berkata telah mempersembahkan dokumen sahih membuktikan sokongan lebih 120 ahli parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam pertemuan pagi tadi.



“Ia mencecah lebih dari 120 (ahli parlimen).

“Tapi oleh kerana Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti, maka munasabah untuk kita bersabar, memberi ruang dan wewenang untuk YDPA memutuskan.

“Tak wajar tetapkan masa untuk YDPA memutuskan,” katanya pada sidang media khas sebentar tadi.

Bagaimanapun Anwar beranggapan pentadbiran PN pimpinan Muhyiddin Yassin “sudah jatuh.”



Menjelaskan lanjut, kerajaan baru yang bakal diterajuinya “masih tetap majoriti muslim dan bumiputera.”

“Tapi saya ingin tegaskan bahawa jaminan tentang hak semua warganegara tetap terpelihara,” katanya lagi.

Buah pinggang untuk isteriku



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker