Anwar dan Istana Negara jadi tumpuan negara hari ini

 

Hari ini semua perhatian tertumpu ke arah presiden PKR Anwar Ibrahim yang dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika spekulasi perubahan kerajaan sekali lagi kian mengencang.

Menjawab persoalan media, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata setakat pagi ini dia belum menerima apa-apa makluman mengenai waktu Anwar menghadap di Istana Negara.

Dia juga memaklumkan tidak tahu apakah Anwar akan mengadakan sidang media selepas itu untuk memaklumkan hasil pertemuan kepada orang ramai.

“Saya akan berikan maklumat rasmi sepantas mungkin, jika atau apabila saya terima sebarang arahan.

“Saya mohon maaf di atas perkara ini, memandangkan ia satu keadaan yang agak unik dan sensitif,” katanya dalam teks pesanan yang dikongsikan kepada media dalam kumpulan WhatsApp rasmi PKR.

Setakat jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 50 petugas media dilihat menunggu di hadapan Pagar 2 Istana Negara manakala beberapa anggota polis turut dilihat berkawal di kawasan berdekatan.

Sejak bulan lalu, Anwar memohon untuk menghadap Agong selepas mendakwa mempunyai jumlah sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

 

Pemimpin pembangkang itu tidak memperincikan bilangan tepat jumlah sokongan dimilikinya atau identiti ahli parlimen yang menyokongnya, tetapi satu laman web tidak lama kemudian menyiarkan senarai 121 ahli parlimen dari semua parti yang dikatakan menyokongnya.

Semakan Malaysiakini mendapati senarai itu sudah tidak dapat diakses lagi dan pelbagai ahli parlimen yang dinamakan dalam senarai itu dilaporkan menjauhkan diri mereka daripada dakwaan berkenaan, atau secara terbuka menafikannya.

Setelah nama mereka timbul dalam senarai itu, beberapa wakil rakyat Umno – termasuk Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim dan Idris Jusoh (Besut) telah membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan mereka dalam cubaan Anwar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, semalam mengesahkan yang polis menerima enam laporan berhubung perkara itu dan Anwar telah dipanggil untuk disoal siasat.

Bagaimanapun ia ditangguhkan ke satu tarikh lain yang tidak didedahkan, kerana Anwar dilaporkan hanya ada kelapangan jam 9 pagi hari ini.

Sementara itu, dalam satu hantaran pendek di Facebook, Anwar menyatakan harapannya agar urusan hari ini dipermudahka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker