Perbelanjaan Sebanyak RM280 000, Ini Kos Pengebumian Paling Mahal Di Dunia!

 

Bagi orang-orang Toraja di Indonesia, kematian adalah sebahagian dari perjalanan spiritual. Keluarga akan menyimpan jenazah saudara-mara mereka yang telah meninggal di rumah mereka selama bertahun-tahun sebelum mereka dikebumikan. Berikut adalah sebab mengapa kos pengebumian ini paling mahal menurut The Guardian.

Perbelanjaan Yang Mahal

via The Guardian

Sekiranya seseorang individu daripada etnik ini meninggal dunia, ahli keluarganya dikehendaki untuk menganjurkan beberapa siri ritual pengebumian mayat yang dikenali sebagai Rambu Solo.

Kebiasaanya ritual ini tidak dijalankan sebaik sahaja individu tersebut meninggal dunia disebabkan perbelanjaan untuk menganjurkan ritual pengebumian ini sangat mahal dan memerlukan ahli keluarga mengumpul duit untuk mengebumikannya.

Mayat Di Simpan Bersama Ahli Keluarga

via The Guardian

Bergantung kepada keadaan kewangan keluarga si mati, ahli keluarganya mungkin mengambil masa beberapa hari, minggu, bulan malah ada yang mengambil masa bertahun lamanya mengumpul duit perbelanjaan bagi menganjurkan majlis ritual ini.

Menurut The Guardian, sepanjang tempoh menunggu ini, mayat si mati tidak dikebumikan tetapi disimpan di dalam rumah keluargannya. Bagi mereka, seseorang individu yang telah meninggal dunia tetapi belum selamat dikebumikan dianggap belum benar-benar mati tetapi hanya dianggap menderita penyakit.

Upacara Pemakaman Adalah Sebuah Pesta

via WikiMedia

Orang Teroja tidak menyebut upacara pemakaman mereka sebagai upacara atau ritual pengebumian tetapi sebaliknya menganggapnya sebagai sebuah pesta.

Walaupun mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang dikasihi merupakan satu perkara menyedihkan, tetapi upacara ini membantu orang yang berduka menangani perasaan sedih mereka.

Perbelanjaan Sekitar RM280 000

via The Guardian

Menurut The Guardian, kos bagi menganjurkan upacara pengebumian ini biasanya menelan belanja sekitar 68000 USD, sekitar RM 280330 dan antara ritual penting dalam upacara pengebumian ini adalah mengorbankan haiwan.

Mereka percaya bahawa kerbau yang dikorbankan akan membawa orang yang mati ke puya, iaitu alam selepas mati. Semakin banyak kerbau dikorbankan, semakin cepat perjalanan ke puya.

Penyembelihan Haiwan Mengikut Status Keluarga

via South China Post

Bagi keluarga berpendapatan sederhana, mereka akan menyembelih sekitar 8 ekor kerbau, sementara mereka yang dianggap bangsawan biasanya mengorbankan antara 24 dan 100 ekor kerbau. Malah keluarga juga harus menyembelih sekurang-kurangnya 50 ekor khinzir untuk memberi makan kepada para tetamu.

Jadi untuk anda yang ingin melihat sendiri pengalaman dan ritual ini, anda boleh ke Indonesia kerana ritual ini merupakan salah satu tarikan yang terdapat di Sulawesi, Indonesia.

Sumber : The Guardian

Kredit : Murai

 

Istana Negara jelaskan kenapa laporan Guardian salah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker