Kena kutuk Bahasa English berterabur semasa sesi temubual Media Antarabangsa, Netizen ini tampil pertahankan Safawi Rasid..[ VIDEO ]

Share

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid hampir pasti meninggalkan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).Skuad Harimau Selatan telah menerima tawaran daripada kelab Liga Portugal, Portimonense SC untuk mendapatkan penyerang tersebut.

Perkara itu disahkan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest di laman Facebook Johor Southern Tigers.Menurut Prest, kelab itu sedia melepaskannya kerana percaya tawaran berkenaan baik buat untuk JDT dan Safawi.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu untuk mengembangkan kariernya di luar negara.

Kau kena fokus Safawi Rasid, kata Akmal Rizal

Pemain sayap Harimau Malaya Muhammad Safawi Rasid diperkenalkan secara rasmi bersama pasukan kelab Portugal, Portimonense SC di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal pada Rabu.

Dalam sesi temuramah yang diadakan dalam bahasa English, Safawi kelihatan seperti kekok sedikit, namun masih boleh jawab semua soalan dengan baik. Mungkin perasaan gentar tidak biasa ditemuramah oleh media asing. Terdapat beberapa mulut orang ramai yang persoalkan bahasa English Safawi mengatakan dia harus menguasai bahasa antarbangsa itu.

 

 

 

Seorang individu tampil pertahankan Safawi Rasid dan ini kata-katanya, “Temubual pertama Safawi di Portugal.Yang mana niat nak kutuk english Pawi yang berterabur tu, pergi google video Valentino Rossi kena interview. Dah 20 tahun main MotoGP round keliling dunia, dia punya english steady je barai.Yang penting kompiden @safawi37”.

Sememangnya penguasaan bahasa English bukanlah terlalu penting buat Safawi kerana dia pemain bola sepak bukannya ahli perniagaan antarabangsa. Apa-apapun, terbaik Safawi Rasid.

President Portimonese SC Rodiney Sampaio berharap dengan kehadiran Muhammad Safawi ke dalam pasukan kelabnya dapat menguatkan lagi barisan serangan memandangkan bintang Johor Darul Ta’zim itu mempunyai kemahiran teknikal yang baik.

“Ramai masih belum tahu mengenai dia (Muhammad Safawi) dan keadaan sama seperti ketika kami membeli (pemain Jepun), Shoya Nakajima (dari FC Tokyo pada 2017), tapi saya harap dia dapat capai kejayaan sama seperti Nakajima,” katanya dalam sidang akhbar yang dimuat naik menerusi laman sesawang kelab portimonensept.

Sumber: Twitter SukanStar

Kredit : AwatttSheikhhhNetwork

 

Safawi bawa impian besar ke Portugal

4 thoughts on “Kena kutuk Bahasa English berterabur semasa sesi temubual Media Antarabangsa, Netizen ini tampil pertahankan Safawi Rasid..[ VIDEO ]

  • October 12, 2020 at 06:55
    Permalink

    Jgn samakan Melayu dgn Italy, apapun kita sbg Melayu perlu tunjukkan kemampuan dlm bercakap bahasa Inggeris, kerana bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa.

    Reply
  • October 12, 2020 at 13:56
    Permalink

    Xdok masalah boh… Rileks… English msk kelas 3bln… Bereh doh… Blh la tulis, baca n bckp… Ni 1 pengalaman n pengajaran utk diri sdiri… Bkn kt pawi jah… Utk semua org termsklh sy… Xdok masalah… Hok power lg main pn ade jgk berterabur… blajar³… 2 je…

    Reply
  • October 12, 2020 at 15:21
    Permalink

    Klu nak kutuk tu simpan2 ler sikit.

    Aku bukan nak niat resis. Tapi ngapa tak kutuk ramai ahli sukan negara (bukan kaum Melayu) bila diwawancara dalam bahasa Malaysia tergagak-gagak jer bila menjawabnya. Malah dengan pelatnya, kita yang mendengar naik “bernanah” telinga dibuatnya. Terdapat juga dikalangan mereka yg menjawab dalam bahasa Inggeris walaupun diajukan soalan dalam bahasa Malaysia.

    Mengapa jadi begitu…..sejak lahir, belajar di dalam negara – malah menggunakan dana kerajaan untuk kemajuan sukan kamu, bertutur dalam bahasa Malaysia pun tidak lancar. Memalukan…..

    Jangan kesahkan itu semua Safawi. Kamu baru beberapa hari saja tiba di sana. InsyaAllah lama kelamaan, boleh ler tu. Tumpukan karier bolssepak kamu agar menjadi pemain tersohor kebangaan negara.

    Hairan apa – sedangkan YB Dato Sri Dr Zahid Hamidi semasa menjadi Tim Perdana Menteri dulu pun kena kutuk juga – dikatakan semasa berucap di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu sebutan bahasa Inggrisnya ada telo “kejawaan”. Aku dengar…..ok jer.

    Reply
  • October 13, 2020 at 06:27
    Permalink

    ape da korang ni..safawi tu pemain bola sepak…bukan nye lecture…bkn cikgu english yg piau nk speaking…eh korg tgk n dgr sndri pemain luar negara kesayangan korg tu..pun lbih kurg je speaking dio cam safawi…cumo diorg speaking bunyi meleret…safawi ni ckp sepatah2 tu sbb dgr dgn jelas..korg yg jnis jahanam speaking pun bkn phm pe pemain kesayangan korg smpaikn…yg ko knal name dio jo…itu pun lgi mau acah2 hebat nk gelak kn org lain…pengalaman aku p luar negara.aku pun speaking rojak jgk…org uar negara akn lbih respect sbb kite brani nk berhadapan dgn diorg…diorg akn dgr lbih teliti ape yg ckp kn…

    Reply

Leave a Reply