Ini Respond Padu Prof Ridhuan Tee Mengenai Situasi DS Anwar Akan Menghadap Agong Untuk Tubuh Kerajaan Baru
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah minggu depan.
Dalam satu kenyataan media, Anwar mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk beliau mengadap pada hari Selasa 13 Oktober 2020.
Anwar berkata pada majlis menghadap tersebut beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang pernah disebutkan sebelum ini.
“Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.
Berikut ulasan padu Prof Ridhuan Tee mengenai situasi semasa politik
Jenis pemimpin apakah ini yang gila kuasa?
“Dalam keadaan rakyat tengah susah, nak makan susah, akibat wabak COVID-19 yang melanda dan melanda semula, masih ada pemimpin yang mencanangkan ada majoriti di parlimen, untuk menjadi Perdana Menteri (PM), menggantikan PM sedia ada.
“Tidak bolehkah lupakah dahulu melayan nafsu serakah gila kuasa itu dahulu. Fokuskan bagaimana untuk membantu negara, membantu rakyat, untuk keluar daripada kemelut ekonomi dan kesusahan yang melanda. Pemimpin sepatutnya menjadi teladan, bukan menjadi tontotan dan lakunan.
“Ketika mengaji ilmu politik dahulu, saya tidak percaya membaca buku The Prince, karya Machiavelli. Antara kata kunci beliau, adalah the end justifies the means atau matlamat menghalalkan cara. Untuk mendapatkan kuasa, boleh lakukan apa sahaja, meskipun cara mendapatkan kuasa itu bertentangan nilai kemanusiaan, asalkan dapat kuasa itu.
“Kuasa hari ini menjadi matlamat, bukan alat. Kalau dengan mendapat kuasa itu, boleh selesaikan masalah rakyat, menyelamatkan agama, bangsa dan negara, tidak mengapa juga. Ini tidak, buktikan belum adapun.
“Apa jaminan sekiranya orang yang gila kuasa untuk jadi PM, jika benar-benar jadi PM, dia dapat menyelesaikan kemelut ini? Tidak ada jaminan. Justeru, kenapa kita mesti layan orang yang gila kuasa ini?
“Ini politik bebal yang dikatakan oleh Allahyarham Syed Hussein alAtas atau diistilahkan sebagai BEBALISME.
Kredit: Rentas Asia
Kerana nak bantu rakyat dan negara lah dsaibnak ambil alih kerajaan sekarang yang lembab dan tak pandai uruskan negara. Dengan para menteri yang ramai dan carca merba.