Hajiji sedang kuarantin atau dirawat di hospital?

Terdapat cakap-cakap mengatakan bahawa Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dijangkiti #COVID-19 dan sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

Sekiranya ini berita tidak benar kita berharap agar Pejabat Ketua Menteri Sabah segera menguarkan kenyataan menafikannya.

Berita sebelum ini :



Terdedah individu positif Covid-19, Hajiji kuarantin diri

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengambil keputusan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu secara sukarela.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong berkata, ini sebagai langkah berjaga-jaga kerana Hajiji didapati terdedah dengan individu disahkan positif Covid-19.

“Kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa dan sekiranya mesyuarat perlu diadakan, semuanya dibuat melalui sidang video,” katanya.



Tiga daerah di Sabah iaitu Sandakan, Papar dan Tuaran dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai mulai esok ekoran peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

BN berkorban, Hajiji Ketua Menteri Sabah yang baharu, angkat sumpah 10.30 esok



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker