Demi rakyat, diskaun bil elektrik hingga 31 Disember ini
SHAH ALAM – Dalam menyokong usaha kerajaan mengurangkan impak pandemik Covid-19, lebih 7 juta pelanggan kediaman (Tarif A – Domestik) Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan terus menikmati diskaun bil elektrik hingga 31 Disember ini.
Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) itu, para pengguna akan memperoleh diskaun bermula dari dua hingga 50 peratus berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan.
“Bagi penggunaan 1 hingga 200 kWj yang melibatkan bil dari RM0.22 hingga RM43.60 akan mendapat diskaun sebanyak 50 peratus. Bagi penggunaan 201 hingga 300 kWj yang jumlah bil dari RM43.93 hingga RM77 akan mendapat diskaun 25 peratus.
Ini jawapan kenapa bil letrik lebih tinggi – Najib
“Penggunaan 301 hingga 600 kWj yang melibatkan jumlah bil dari RM77.52 hingga RM231.80 akan mendapat diskaun 15 peratus. Bagi penggunaan 601 hingga 900 kWj yang jumlah bil dari RM232.35 hingga RM395.60 akan memperoleh diskaun 10 peratus.
“Manakala penggunaan lebih 900 kWj yang melibatkan jumlah bil dari RM396.17 dan ke atas akan memperoleh diskaun dua peratus,” katanya.
Menurutnya, pelanggan kediaman TNB turut menikmati kemudahan pelan bayaran mudah iaitu pilihan untuk membayar bil secara ansuran tanpa surcaj tambahan hingga akhir tahun ini.
COVID-19: Kerajaan Akan Tanggung Kos Diskaun Elektrik – Dr Shamsul Anuar
“Selain itu, pelanggan kediaman juga memperoleh pengecualian surcaj lewat bayar bagi tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020.
“Pelanggan kediaman turut mendapat penangguhan aktiviti pemotongan bekalan kecuali permohonan daripada pengguna berdaftar atau arahan daripada pihak berkuasa,” katanya.
Untuk maklumat lanjut layari https://www.tnb.com.my/prihatin, e-mel ke [email protected], hubungi TNB Careline 1300 88 5454 (8pagi – 5petang) atau kunjungi Kedai Tenaga berdekatan.
You must be logged in to post a comment.