Anwar, cukuplah dengan tubuhkan kerajaan halimunan

Share

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana masih lagi cuba untuk menubuhkan kerajaan halimunan yang didakwa mempunyai sokongan majoriti ketika negara masih tidak stabil dengan pandemik Covid-19.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, tindakan itu jelas menjejaskan kestabilan politik negara dan hanya membangkitkan kemarahan rakyat.

“Tolonglah sensitif dan peka dengan masalah yang dihadapi rakyat. Ada yang hilang kerja dan penamatan tempoh moratorium menambahkan lagi beban rakyat.

“Saya mengatakan kerajaan Anwar Ibrahim adalah kerajaan ‘halimunan’ kerana hingga ke hari ini beliau tidak lagi mendedahkan jumlah sokongan terhadapnya,” tulisnya di laman Facebook miliknya di sini hari ini.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu menegaskan, rakyat tidak sanggup lagi menghadapi pertukaran kerajaan dan krisis kepimpinan dalam menghadapi pandemik Covid-19 ini.

“Fokuslah tentang isu rakyat buat masa ini. Ini bukan masanya untuk kemaruk kuasa dan mengejar kepentingan peribadi. Tolong jaga sensitiviti rakyat!” rayu beliau.

Baru-baru ini, Anwar dilaporkan sedang menunggu tarikh baharu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan bilangan ahli Parlimen yang menyokong beliau menubuhkan kerajaan baharu. MG

SEPAKAT! Anwar Yakin Jadi Perdana Menteri, Timbalan? Serah Pada Mukhriz

Leave a Reply