Shahril Hamdan pulih Covid-19, keluar hospital hari ini
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang sebelum ini positif Covid-19 telah disahkan pulih dan dikeluarkan dari hospital.
“Alhamdulillah, cleared and discharged from hospital,” katanya dalam hantaran media sosialnya hari ini.
Shahril Sufian dalam masa sama mengucapkan tahniah kepada pasukan barisan hadapan terutama Hospital Sultanah Bahiyah yang merawatnya,
Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada pasukan yang sama di seluruh negara.
Beliau juga menyatakan rasa teruja kembali bersama keluarga terutama anaknya berusia dua tahun.
Shahril Sufian sebelum ini disahkan positif Covid-19 selepas pulang daripada kempen Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri Sabah baru-baru ini. MG
You must be logged in to post a comment.