Satu daripada 10 orang mungkin dijangkiti Covid-19 – WHO

Kira-kira satu dari 10 orang mungkin telah dijangkiti koronavirus, dan ini bermaksud sebahagian besar penduduk dunia tetap berisiko terhadap wabak Covid-19 yang ditimbulkannya, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, berkata demikian pada taklimatnya kepada lembaga eksekutif agensi itu yang turut menyaksikan Amerika Syarikat meyindir China atas apa yang disebutnya sebagai “kegagalan” memberi maklumat tepat dan cepat mengenai wabak tersebut.

Tetapi Zhang Yang dari Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, berkata “China sentiasa telus dan bertanggungjawab memenuhi obligasi antarabangsa kami.”

Katanya, China sentiasa menjalin hubungan erat dengan semua peringkat badan kesihatan PBB.

Menurut Ryan, bahawa wabak itu terus meningkat di beberapa bahagian di Asia Tenggara dan kes serta kematian juga melonjak di beberapa kawasan di Eropah dan wilayah Mediterania timur.

“Anggaran kami sekarang adalah sekitar 10 peratus penduduk dunia mungkin dijangkiti virus ini.

“Tahap jangkitan berbeza antara bandar dan luar bandar, berbeza antara kumpulan yang berlainan.

Kalau anda terlepas…

3 kemungkinan selepas ‘Langkah Anwar’
“Tetapi pada hakikatnya, ini bermaksud sebahagian besar dunia tetap berisiko. Kami sekarang menuju masa yang sulit. Penyakit ini terus menular,” kata Ryan.

Sehingga kini, lebih daripada 35.5 juta kes Covid-19 direkodkan di seluruh dunia, termasuk sekitar 1.04 juta kematian.

Namun, WHO kini menganggarkan sekitar 10 peratus daripada 7.8 bilion penduduk dunia sudah dijangkiti iaitu lebih 20 kali ganda jumlah rasmi sejak virus itu pertama kali muncul di China akhir tahun lalu. Reuters

15 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker