Lemas dalam kereta: Nor Aqilah dibenarkan keluar hospital
BUKIT MERTAJAM – Pelajar kolej yang terselamat daripada insiden keracunan gas karbon monoksida dalam sebuah kereta di tapak parkir stesen minyak pada 17 September lalu dibenarkan keluar daripada hospital pada petang ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, keadaan kesihatan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21 semakin baik dan sudah boleh berjalan seperti biasa.
Menurutnya, mangsa telah menjalani pemeriksaan mata dan doktor mengesahkan keadaan matanya juga berada dalam keadaan baik, namun perlu terus mengambil ubat serta membuat pemeriksaan susulan. “Tiada fisioterapi dilakukan kerana mangsa telah beransur pulih dan boleh berjalan macam biasa. “Doktor beritahu, mungkin Nor Aqilah akan dibenarkan discaj petang ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, Nor Aqilah dilaporkan sudah sedar setelah dikomakan untuk tujuan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, mangsa masih di bawah pemantauan doktor dari masa ke masa-SH
Dah Seminggu Berlaku, Aqilah Satu-Satunya Mangsa Terselamat. Ibu Aqilah Akhirnya Ceritakan Segalanya
You must be logged in to post a comment.