#Covid-19 : 691 kes baru dengan 4 kematian hari ini

Share

Sebanyak 691 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 4 kematian direkodkan, manakala kes aktif hampir 3,000 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu 688 melibatkan penularan dalam negara dan 3 kes import.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 13,504 kes Covid-19 dengan 10,427 daripadanya disahkan sembuh.

Terkini. 6 Okt. Kes baharu #COVID19 hari ini 691 kes – 688 tempatan, 3 import.

Lebih separuh kes hari ini iaitu 394 dari Kluster Tembok, Kedah (penjara) dan 219 kes dari zon-zon merah di Sabah.

4 kematian baharu – Sabah (3), P. Pinang (1).

PECAHAN KES BAHARU (691)

KEDAH-397
-394 kluster Tembok (3 BWN)
-3 kluster Bah Sintok

SABAH-219
-120 saringan bergejala (3 BWN)
-36 saringan komuniti
-30 kluster Bangau-Bangau (20 BWN)
-19 kluster Ramai-Ramai (Kluster Baharu)
-5 saringan kontak rapat
-5 saringan petugas kesihatan
-4 saringan masuk kerja

SELANGOR-39
-17 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
-11 dari kluster Jalan Meru
-9 saringan kontak rapat (1 BWN)
-1 kluster Embun
-1 import BWN tiba dari Filipina

PERAK-8
-7 kluster Batu (Kluster Baharu)
-1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

N.SEMBILAN-7
-7 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

JOHOR-6
-3 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
-3 kluster Jalan Meru

KL-6
-1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
-1 kluster Jalan Meru
-1 saringan pra-pembedahan
-1 saringan kontak rapat
-1 import WN pulang dari India
-1 import BWN tiba dari Mesir

SARAWAK-3
-1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
-1 saringan Pintu Masuk Domestik
-1 saringan kontak rapat

P.PINANG-3
-1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
-1 kes SARI
-1 saringan kematian

PUTRAJAYA-1
-1 kluster Selasih

TERENGGANU-1
-1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

LABUAN-1
-1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

Berita lanjut menyusul

Leave a Reply