Etika jual minuman RM1 di mesin layan diri seluruh negara

Etika jual minuman RM1 di mesin layan diri seluruh negara

Etika Sdn Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya, Atlas Vending Sdn Bhd memperkenalkan minuman berharga RM1 di mesin layan dirinya sempena Kempen Penyegar Dahaga RM1.

Kempen berkenaan adalah hasil perkongsian di antara Etika dengan Kementerian Ekonomi yang mana adalah sebahagian daripada insiatif kerajaan di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Menerusi perkongsian itu, Atlas Vending memperkenalkan mesin layan diri pertama di bawah inisiatif IPR untuk minuman pada harga RM1 membabitkan tiga minuman di bawah Kumpulan Etika iaitu Pepsi Black, air mineral botol dan Revive Isotonic.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata Etika adalah syarikat swasta pertama yang menyahut galakan kerajaan dalam menurunkan harga produk.

“Mungkin ada yang akan mengatakan penurunan harga minuman RM1 tidak memberi kesan, tetapi sebenarnya kita nak menggalakkan seberapa banyak pemain swasta untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam membangunkan produk mereka dan menetapkan harga supaya bersaing atas kekuatan mereka pada harga yang lebih murah.

“Sebab itu saya anggap langkah yang Etika dan Atlas ambil hari ini adalah sesuatu yang kita alu-alukan dan supaya ia akan mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan syarikat swasta yang mengusahakan mesin layan diri tetapi juga syarikat-syarikat makanan dan minuman yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan Kempen Penyegar Dahaga RM1 oleh Atlas Vending Sdn Bhd, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn Bhd, Santharuban Thurai Sundaram.

Sementara itu, Santharuban berkata, pihaknya percaya bahawa setiap langkah kecil boleh membawa kepada perubahan yang ketara.

“Dengan ini, kami memulakan perjalanan untuk memperkasakan komuniti, iaitu seteguk air minuman yang menyegarkan pada satu masa. Hari ini menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan kami ke arah membuat sesuatu yang positif kesannya 0kepada kehidupan rakyat Malaysia.

“Atlas Vending dengan bangganya memperkenalkan mesin layan diri minuman RM1, kerjasama bersama Kementerian Ekonomi Malaysia, bukti komitmen kami terhadap IPR. Kami berharap untuk benar-benar membuat perubahan untuk rakyat dan negara Malaysia, yang mana kini bukan lagi mustahil melalui usaha kami dalam menyediakan minuman yang berpatutan kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Atlas Vending adalah pengendali layan diri F&B terbesar di seluruh Malaysia dan Singapura, dengan jangkauan merentasi setiap negeri.

Sebanyak 3,210 mesin layan diri akan terbabit di bawah inisiatif itu di seluruh negara. BH

Etika jual minuman RM1 di mesin layan diri seluruh negara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker