Kerajaan perlu bangunkan teknologi identiti digital

Terdapat keperluan mendesak untuk kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan strategi nasional berkaitan identiti digital memandangkan maklumat dan data kini menjadi aset penting untuk memesatkan ekonomi digital.

Pengasas Gattaca Horizons, Daniel Gorfine berkata setiap negara perlu memodenkan arkitektur kewangannya, dan identifikasi digital akan menjadi infrastruktur asas mutlak pada masa depan.

Beliau berkata teknologi akan membantu kerajaan memudahkan dan mempercepatkan proses identifikasi yang memerlukan semakan masa nyata, seperti penyaluran rangsangan ekonomi kepada penerima akhir serta pengesahan akaun bank.

“Kita mempunyai perisian pengecaman wajah pada masa sekarang yang semakin kukuh, dipercayai dan tepat.

“Justeru, tidak ada sebab kenapa sekarang atau beberapa tahun akan datang, kita tidak dapat mengenal pasti individu pada telefon pintar bagi memanfaatkan semua data mengenainya untuk mengesahkan identiti mereka,” katanya semasa Persidangan Teknologi Kewangan SCxSC secara maya anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di sini, hari ini.

Gorfine berkata demikian semasa sesi bertajuk ‘Brave New World: Conceptualising the Future of Modern Financial Architecture’ (Harungi Dunia Baharu: Mengkonsepsikan Masa Depan Arkitektur Kewangan Moden) yang dikendalikan oleh Penolong Pengurus Besar SC, Chan Zhong Yang.

Gattaca Horizons merupakan firma penasihat teknologi kewangan kecilan dan sofistikated yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Ketika ditanya sama ada kerajaan perlu bekerjasama untuk menyesuaikan teknologi, Gorfine yakin setiap negara memerlukan sistem yang berbeza susulan hak privasi dan perlindungan data.

Beliau berkata penting bagi setiap negara bekerjasama dengan rakan kongsi yang mempunyai norma dan nilai yang sama.

“Sebenarnya kita mempunyai semua akses kepada maklumat dan data yang amat kukuh, ia boleh digunakan untuk manfaat yang baik namun ia boleh digunakan untuk bahaya yang teruk,” katanya. Bernama

LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker