Demokrasi bersama Covid-19

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah yang berakhir pada minggu lalu sangat signifikan dalam memberi perspektif dan pengalaman kepada kerajaan menguruskan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Walaupun ramai yang mengecam PRN Sabah kerana didakwa menyebabkan kenaikan jumlah jangkitan Covid-19, namun angka dan fakta tidaklah begitu tepat.

Menurut data Kementerian Kesihatan, hanya 139 kes positif pulang dari Sabah dikesan dalam tempoh 20 September hingga 2 Oktober 2020. Tidak dapat dinafikan, angka itu mungkin meningkat sehingga tamat tempoh 14 hari dari tarikh 27 September 2020.

Dalam keadaan kempen yang melibatkan lebih sejuta orang termasuk dalam zon merah seperti Tawau, Lahad Datu dan Semporna, maka angka itu boleh dianggap satu kejayaan proses demokrasi.

Benar, ada kelemahan kerajaan perlu diperbaiki seperti kegagalan mengadakan kawalan keluar masuk yang lebih ketat di tiga zon merah.

Saya percaya, jika kawalan ketiga-tiga zon itu dibuat sebelum penamaan calon, banyak kes Covid-19 yang merebak di tempat lain kemudiannya dapat dicegah dan dihalang.

Anwar ‘gila-gila’ nak jadi PM, kata Dr M

Peningkatan kes Covid-19 di Pantai Timur Sabah akibat kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) juga yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan. Mesti ada kawalan lebih ketat atas kemasukan haram di pantai timur Sabah.

Jika perlu, letak pos kawalan tentera dan rela setiap beberapa kilometer. Lakukanlah buat sementara waktu. Kita harus menerima realiti bahawa virus yang membawa pandemik Covid-19 akan menjadi sebahagian hidup kita dalam masa beberapa tahun mendatang.

Justeru, kita tidak boleh menolak hakikat bahawa PRN Sarawak dan kemungkinan PRU juga akan diadakan dalam keadaan pandemik belum berakhir. Kita tidak boleh menghentikan hidup kita hanya kerana Covid-19 terus menjadi ancaman kepada kita.

Adalah baik rakyat bimbang dengan peningkatan kes, namun adalah penting juga rakyat memahami bahawa sebahagian besar peningkatan kes berlaku di pusat-pusat tahanan.

 

Jessica Iskandar Cetus Kontroversi Cium Bibir Dengan Anak Lelakinya

 

Jangan panik

Lebih penting juga difahami bahawa pasukan petugas kesihatan mengenai ancaman Covid-19 pada masa ini belum fully utilised sehingga mewujudkan keadaan pesakit tidak dapat dirawat.

Jadi, dalam keadaan kita berwaspada dan berhati-hati dengan ancaman Covid-19 melalui pematuhan prosedur operasi standard(SOP), kita juga tidak boleh terlalu panik dan mula menyalahkan antara satu sama lain. Jangan panik dengan aktiviti politik, ekonomi dan sosialisasi kerana tanpa semua itu, negara mungkin berdepan kemerosotan daya saing dan kemelesetan ekonomi yang lebih serius

Pada hemat saya, negara perlukan lebih ramai rakyat yang kekal positif dan bersedia mengambil risiko yang wajar bagi menggerakkan ekonomi. Hanya melalui cara itu, kerajaan akan mempunyai dana untuk membantu mereka yang terjejas akibat Covid-19.

PRN Sabah adalah satu langkah berani yang menunjukkan kita bersedia meneruskan hidup dalam ancaman pandemik Covid-19.

Sempat Pakai Cincin Kahwin, Pengantin Perempuan Ini Meninggal 1 Jam Sebelum Akad Nikah

Tahniah kepada Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah. Beliau ada tanggungjawab besar untuk menyatukan parti-parti sekutunya bagi membentuk kerajaan yang stabil. Jangan ulangi sikap semberono membuat pelantikan potfolio menteri membelakang persetujuan asal.

Beliau juga ada tanggungjawab besar memulihkan ekonomi Sabah yang terjejas teruk di bawah kerajaan Warisan. Kemunculan Covid-19 telah menambah bebanan itu apabila sektor pelancongan Sabah musnah sama sekali.

Kini, bukan sahaja pelancong asing tidak dapat masuk, pelancong tempatan juga akan berkurangan buat sementara waktu. Beliau perlu menggembleng semua kepakaran yang ada tanpa mengira daripaad parti sekutu yang mana.

UMNO Sabah mempunyai beberapa pemimpin berpengalaman. Sekiranya Hajiji boleh mengetepikan sentimen permusuhan antara sekutu dan menggunakan kepakaran yang ada, tidak mustahil Sabah dapat keluar daripada kemelesetan ekonomi dengan lebih cepat.

Sesungguhnya PRN Sabah adalah satu kemenangan kecil rakyat menentang Covid-19. Kita membuktikan bahawa pandemik itu tidak boleh menghalang kita daripada terus positif.

*Ab Jalil Backer merupakan Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (AKAR)

Vlogger Terkenal China Dibakar Bekas Suami Ketika ‘Live’ Tiktok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker